Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Bukan Aksi Final Salah,...

MOHAMED Salah menegaskan aksi final Liga Juara-Juara bukan medium pertarungan antara dirinya dan...

Dynas Serahkan Soal Kahwin...

AKTRES dan pengacara tinggi lampai, Dynas Mokhtar menyerahkan segalanya kepada jodoh berkaitan hubungannya...

Rafizi Mengaku Dia Sendiri...

KUALA LUMPUR - Pakar propaganda pembangkang, Rafizi Ramli mengaku tindakannya meletakkan tangan ke...

Perdana Menteri Minta Vietnam...

HANOI: Malaysia meminta Vietnam untuk mengambil tindakan konkrit segera supaya insiden pencerobohan nelayan...

UMNO Perlu Segera Jadi Pembangkang Berwibawa

UMNO mesti segera bangkit dan menyusun gerakan untuk memainkan peranan sebagai pembangkang yang berwibawa dan dihormati, dan mungkin mengatur kembali langkah untuk merampas Putrajaya.

Sebagai parti mewakili orang Melayu yang paling besar dan pemimpin Barisan Nasional, UMNO tidak boleh mengelak daripada menggalas tugas ini.

Pembangkang yang didominasi bukan Melayu dengan agenda bertentangan dengan UMNO yang mempertahankan agama, bangsa dan negara mesti diimbangi.

Pengalaman sebagai pembangkang di negeri-negeri Pakatan Rakyat sebelum ini walaupun terhad sepatutnya cukup untuk memberi pengajaran dan pengalaman kepada UMNO.

Di Selangor dan Pulau Pinang, UMNO berjaya memainkan peranan check and balance dengan mendedahkan beberapa penyelewengan dan salah laku kerajaan negeri.

Pendedahan seperti ini penting kerana memberikan maklumat kepada rakyat tentang dasar dan amalan kerajaan yang memerintah negeri.

Tanpa peranan ini, rakyat hanya mendengar jawapan rasmi dari kerajaan negeri yang menjaga kepentingan kedudukan politik mereka.

Dalam keadaan kerajaan persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH) amat kuat pada masa sekarang ini, peranan UMNO sebagai pembangkang berwibawa lebih dituntut.

UMNO ialah pembangkang yang mempunyai kerusi Parlimen terbesar, mengatasi jumlah dimiliki PAS, tetapi kerusi UMNO lebih seimbang tebarannya di Semenanjung.

Orang Melayu mengharapkan peranan UMNO yang tidak kekurangan daripada ahli-ahli daripada kalangan yang disegani masyarakat.

Orang Melayu masih ramai yang mengundi UMNO, bermakna mereka meyakini perjuangan UMNO, walaupun jumlahnya semakin kecil.

Kerajaan baharu PH akan lebih banyak menumpu pada agenda yang mereka perjuangkan selama ini termasuk Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP.


DAP sudah menjadi sebahagian kerajaan persekutuan dan boleh mempengaruhi penggubalan dasar dan tindakan-tindakan kerajaan dan agensinya.

UMNO mempunyai wajah-wajah yang telah berkhidmat kepada rakyat sejak sekian lama, memudahkannya untuk lebih mendekati rakyat dan memahami masalah mereka.

Janganlah UMNO membenarkan dakwaan-dakwaan musuh selama ini yang UMNO hanya hidup kerana duit, tanpa duit, matilah UMNO.

Memang diakui tanpa duit, banyak kerja yang terpaksa dikurangkan kerana semuanya memerlukan kos.

Bagaimanapun, satu yang mesti diakui ialah apa yang berlaku ini bukan berlaku tiba-tiba tanpa amaran sebelum ini.

Sejak dua pilihan raya umum sebelum pilihan raya 9 Mei lalu, tanda-tanda sudah ditunjukkan di seluruh negara.

Kini sampai masanya UMNO memperbaiki kelemahan dan kembali ke medan kerana perjuangan perlu diteruskan.

Bermula sekarang, UMNO mesti segera melaksanakan pembaharuan dan menunjukkan kesediaan untuk berubah dan bangkit menjalankan tanggungjawab.

Sebagai parti pembangkang dengan kerusi terbesar di Parlimen, mahu atau tidak, UMNO mesti mengambil tanggungjawab kepimpinan ini. – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • UMNO

Kategori