Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

World Quran Hour 2017...

PUTRAJAYA - Bacaan al-Quran bakal diperdengarkan secara serentak di masjid di seluruh negara...

“Kalau Berani Sangat, Sila...

"MARI jumpa saya wahai Ustazah Hamidah, kalau nak maki orang biar depan-depan." Itulah yang...

PRK Balakong: Isu Hapuskan...

BALAKONG - Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata MCA harus menyuarakan isu penghapusan...

Skuad Kriket Negara Timba...

KUALA LUMPUR – Pemain remaja negara dituntut supaya memperoleh pendedahan dan pengalaman yang...

UMNO Perlu Tampil Lebih Bertenaga Bangkit Semula

PILIHAN Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu menyaksikan kejutan apabila berlaku peralihan kerajaan hasil undi diberikan rakyat.

Selepas 60 tahun UMNO-Barisan Nasional (BN) menabur khidmat dan bakti, akhirnya dengan ketentuan Allah SWT, parti itu ditolak ‘tsunami rakyat’ yang turut didorong beberapa isu besar.

Akhirnya, kelmarin, Datuk Seri Najib Razak mengambil keputusan berundur sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN, meninggalkan tugasnya digalas Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sambil dibantu Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Memang sedih buat seluruh pemimpin, ahli dan penyokong UMNO untuk menerima kekalahan itu, namun di sisi positifnya, UMNO-BN menunjukkan kematangan tinggi untuk menerima keputusan rakyat tanpa mencetuskan sebarang insiden buruk.

Justeru, ulang tahun ke-72 UMNO pada 11 Mei lalu disambut dengan penuh sederhana, namun kehadiran pemimpin dan akar umbinya tetap ramai dan meriah.

Ia petanda parti itu masih mampu berpartisipasi dengan baik dalam pentas politik tanah air, terutama dalam mengambil alih peranan sebagai pembangkang di Dewan Rakyat nanti.

Hakikatnya, detik hitam politik UMNO harus dijadikan iktibar atau pengajaran untuk parti berkenaan mengislahkan dirinya dengan melakukan perubahan dari segi kepemimpinan dan pendekatan mendampingi rakyat dengan lebih santun dan bijaksana lagi.

Kini, rakyat menaruh harapan penuh kepada kerajaan PH yang menerajui Putrajaya untuk meneruskan pembangunan dan kemajuan negara di bawah dasar baharu yang sedang dilaksanakan kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Jadi pembangkang berkesan

Sekiranya kerajaan baharu berupaya mempamer dan melaksanakan pentadbiran yang bersih, amanah, telus dan cekap serta mampu membela nasib rakyat dengan baik dan cemerlang sepanjang memerintah, mereka mungkin kekal lebih lama di Putrajaya.

Bagi UMNO pula, apa yang diharapkan ialah ia menjadi pembangkang yang berkesan seperti yang pernah disebut Dr. Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri kali pertama dulu bahawa negara memerlukan pembangkang yang efektif dan kuat.

Keperluan itu supaya prinsip check and balance dapat berjalan dengan baik bagi memastikan kerajaan semasa yang memerintah tidak menyalah guna kuasa dan lari daripada prinsip demokrasi.

Seluruh rakyat kini mengharapkan kerajaan baharu akan mentadbir dengan penuh amanah, telus dan bebas daripada amalan rasuah dan salah guna kuasa.


Rakyat akan terus memantau prestasi pentadbiran kerajaan PH dan akan memutuskan penilaiannya pada PRU15 dalam tempoh lima tahun lagi nanti.

Kita berharap janji kerajaan PH untuk menjadikan agensi kerajaan bersih daripada rasuah dan salah guna kuasa dapat dilaksanakan dengan baik.

Janji untuk meringankan kos sara hidup rakyat juga mesti dikotakan. Sudah tentu ia memerlukan penyusunan semula dasar fiskal negara yang lebih baik dan berkesan.

UMNO belum berkubur

Bagi UMNO, jadilah pembangkang yang efektif dan efisien, kemukakan barisan kepemimpinan baharu yang diyakini bersih.

Detik hitam 9 Mei dalam politik UMNO bukanlah tanda tamatnya riwayat perjuangan parti berkenaan. UMNO belum berkubur dalam erti kata sebenar sekiranya ia masih memiliki semangat dan daya juang membara.

Yang penting, mesti ada semangat tinggi untuk bangkit semula dalam skop dan kerangka perjuangan asal tanpa mengetepikan Perlembagaan dan kedudukan kaum lain yang ada di negara ini.

Kepemimpinan baharu yang bertenaga mesti segera ditampilkan oleh UMNO untuk terus membela nasib rakyat. Keyakinan bahawa parti masih utuh mesti ada dalam jiwa pemimpin dan ahli supaya moral dan semangat UMNO tidak terus luntur. – BH ONLINE

(Penulis adalah Penganalisis Sosiopolitik bebas)

Kategori