Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sindrom Wanita Mencari Likes...

DALAM dongeng terkenal Inggeris: "Mirror mirror on the wall, who is the most...

Buka Seri Bendahara Bukan...

MELAKA – Tujuan kerajaan negeri menjadikan kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka di Seri...

Trend Wanita Rusia Bonceng...

SEKALI lagi seorang wanita di Rusia telah menjadi sensasi internet selepas bertindak nekad...

Semua Pejabat LHDN Tutup...

KUALA LUMPUR - Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di seluruh negara tidak...

UMNO Tuntut Polis Pulangkan Wang Disita Milik Dana Parti

UMNO kesal dengan tindakan polis merampas wang yang didakwa sebagai dana politik mereka untuk kempen pilihan raya umum (PRU) dan pengurusan parti itu sendiri, lapor media tempatan.

Menurut Unit Komunikasi Strategi Ibu Pejabat UMNO, wang sumbangan tersebut dirampas pihak polis semasa dalam proses untuk dipindahkan kepada kepimpinan baharu parti berkenaan sejak minggu lalu.

“Secara umumnya, presiden UMNO bertanggungjawab untuk mendapatkan sumber dan menguruskan dana politik untuk UMNO termasuk sumbangan bagi jentera PRU bahkan hal itu termaktub di dalam perlembagaan parti.

“Dana sumbangan sebegini diterima oleh semua parti politik di negara ini dan hal ini tidak ada beza dengan UMNO yang mantan presiden kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendapatkan sumbangan dana pihak luar.

“Ia hanya untuk kempen sebelum PRU ke-14 dan juga dana bagi pengurusan parti. Untuk makluman, ini juga dilakukan semasa era mantan presiden Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai presiden kita.

“Beliau turut telah menyerahkan sejumlah RM1.2 bilion kepada pihak ibu pejabat parti untuk dimanfaatkan lebih tiga juta ahli,” menurut kenyataan unit perhubungan UMNO itu yang dipetik pelbagai media tempatan semalam.

Baca: Polis Sah Ada RM114 Juta Dalam 35 Beg

Sementara itu, mengulas lebih lanjut unit berkenaan juga menyatakan bahawa pembiayaan untuk tujuan politik masih lagi dibenarkan bawah undang-undang negara malahan ia bukan satu kesalahan jenayah komersial.


“Oleh itu, UMNO berusaha untuk memulihkan dana ini dan memohon kepada pihak polis untuk melepaskan dana tersebut dan mengembalikannya kepada parti setelah selesai proses siasatan oleh pihak berkuasa yang terbabit.

“UMNO kini sedang dalam proses membina semula parti dan pulangan dana parti ini akan membantu parti untuk mengukuhkan proses pembinaan semula parti yang sedang dijalankan hari ini,” menurut unit tersebut lagi.

Pada 18 Mei lalu, pihak polis merampas wang tunai dan barangan bernilai di enam lokasi yang dikaitkan dengan bekas pemimpin tertinggi UMNO. Laporan media tempatan menyebut nilainya mencecah kira-kira RM120 juta.

Dalam laporan polis, Najib dilaporkan mendakwa wang tunai yang dirampas dari Pavilion Residences, Kuala Lumpur itu adalah derma rakan-rakan beliau untuk kempen pilihan raya BN. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori