Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Melaka Gateway: Pemaju Salur...

MELAKA - Syarikat pemaju Melaka Gateway, KAJ Development Sdn Bhd (KAJD) hari ini...

Hos No. 1 Negara,...

SEPERTI kita tahu Pak Nil atau nama sebenarnya Datuk Aznil Hj Nawawi merupakan...

Belanjawan 2020 – Belanjawan...

TUN Dr. Mahathir sebaik keluar Dewan selepas Belanjawan 2020 habis dibentangkan Lim Guan...

Safiey Ilias Terima Nasib...

SEBELUM ini pengguna laman sosial disajikan dengan posting dari akaun Facebook palsu Datuk...

Universiti Disaman, Isu Salah Laku Seksual Doktor

LOS ANGELES – Lima wanita memfailkan tuntutan saman semalam, mendakwa seorang doktor yang bekerja di Universiti Southern California (USC) selama hampir tiga dekad, mendera mereka secara seksual dan institusi itu gagal menangani salah laku terbabit.

Dua tuntutan sivil difailkan di Mahkamah Tinggi Los Angeles menyenaraikan secara terperinci bertahun dakwaan penderaan dilakukan Dr. George Tyndall, yang bekerja sebagai pakar sakit puan di Pusat Kesihatan Pelajar universiti berkenaan sehingga dia bersara tahun lalu.

Seorang daripada wanita terbabit yang memfailkan tuntutan mendakwa, Tyndall memasukkan seluruh tangan dan pergelangan tangan ke dalam farajnya ketika membuat pemeriksaan dalam satu janji temu pada 2003 dan membuat komen lucah mengenai kemaluannya.

Seorang wanita lain memperincikan bagaimana Tyndall, 71, meraba payudara dan merenungnya dengan pandangan jahat dalam pertemuan pertama pada 2008.

“Sebelum meraba payudaranya, Tyndaal akan menggosok kedua tangannya di hadapan plaintif dan berkata, “saya mahukan ia panas untuk anda”, menurut tuntutan itu,” salinan diperoleh AFP.

Saman itu mendakwa, universiti itu gagal bertindak terhadap Tyndall walaupun aduan difailkan seawal 2000. Mereka berkata, institusi itu hanya melancarkan siasatan pada 2016 selepas seorang jururawat yang kecewa dengan tiada tindakan oleh USC melaporkan perbuatan doktor itu kepada pusat krisis rogol di kampus berkenaan.


“Berbanding menangani dan menyiasat dengan wajar aduan, termasuk mengambil tindakan disiplin atau menamatkan perkhidmatan Tyndall, defendan USC merahsiakan aduan bagi mengelak publisiti negatif walaupun mengetahui salah laku terbabit,” kata satu daripada tuntutan.

Tyndall gagal dihubungi untuk mengulas semalam. Dalam satu wawancara awal dengan akhbar Los Angeles Times, yang kali pertama menulis dakwaan itu, dia berkata ‘tidak melakukan apa-apa kesalahan’ dan ‘tidak pernah mempunyai nafsu seksual’ terhadap pesakit. – AFP/BH ONLINE

Kategori