Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tun M: Jika Tak...

BANGI - Memperolehi sesuatu pengetahuan melalui bahasa lain, termasuk bahasa Inggeris, tidak akan...

11 Ahli Sindiket Penipuan...

Melaka : Sebelas ahli sindiket penipuan pinjaman tidak wujud yang diberkas polis awal...

Polis Siasat Laporan Ugutan...

KUALA LUMPUR - Polis sedang menyiasat laporan seorang wartawan wanita Berita Harian yang mendakwa...

Kanak-Kanak Diajar Merokok, Kejutkan...

RAKAMAN video yang memaparkan seorang kanak-kanak dalam lingkungan empat tahun ke bawah yang...

“Uqasha Tetap Teruskan Shooting Macam Biasa”

PENGGAMBARAN drama terbaharu, Rahsia Hati Perempuan yang dibintangi Uqasha Senrose akan diteruskan seperti biasa meskipun tunggak utama drama itu dipalit kontroversi kes dadah.

Pengarahnya, Michael Ang menjelaskan buat masa ini komitmen yang diberikan Uqasha, 26, masih diteruskan dan tidak ada sebab untuk pihak produksi menangguhkan penggambaran.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku. Dia ada di sini meneruskan penggambaran. Malah tiada sebab untuk kami tangguhkan penggambaran ini.

“Ikutkan penggambaran drama Rahsia Hati Perempuan hanya akan habis pada bulan depan dan Uqasha masih ada babak untuk dihabiskan,” katanya dipetik sebuah portal berita akhar arus perdana.

Drama bersiri yang turut menampilkan gandingan pelakon Mira Filzah, Fikry Ibrahim dan Hisyam Hamid sebagai watak utama itu bakal menemui penonton menjelang Ramadan ini menerusi saluran Astro Ria.


Semalam, Uqasha yang memandu kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Range Rover dalam kejadian tengah hari Ahad dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kenderaan Honda BRV.

Anggota polis dikerahkan ke lokasi kejadian kemudian membawa Uqasha ke balai untuk siasatan dan pemeriksaan rapi menemui enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Eramin 5 dalam beg tangan jenama Chanel miliknya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori