Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Perak Sokong Pembuli Dibuang...

TAIPING - Kerajaan negeri menyokong penuh sekiranya hukuman buang sekolah dikenakan terhadap pelajar...

DUN Sabah Lulus Bajet...

KOTA KINABALU - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Rang...

5 Ladang Ternakan Di...

VANCOUVER, British Columbia – Sebanyak tujuh negara menguatkuasakan sekatan ke atas ternakan ayam...

Pelajar India Digesa Rebut...

SHAH ALAM - Pelajar India lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan setaraf, digesa merebut...

Usah Percaya Slogan ‘Ubah’, Dakyah Pembangkang

TUNGKU – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tungku Mizma Appehdullah mengingatkan rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan slogan kata ‘UBAH’ dan dakyah yang dibawa parti pembangkang.

Beliau berkata propaganda yang ditaburkan itu hanya janji kosong pembangkang yang mustahil untuk ditunaikan, di samping cubaan bagi meracun fikiran dan mengaburi mata rakyat.

“Mereka (pembangkang) masih baharu. Kita tidak pernah lihat bagaimana mereka mentadbir seperti yang dilakukan tampuk kepimpinan BN Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman dan wakil rakyat sebelum ini di Tungku dan Silam khasnya, yang meletakkan kepentingan rakyat di kawasan luar bandar sebagai keutamaan mereka.

“Justeru tidak mudah untuk sesebuah parti melakukan perubahan, malah kerajaan yang ada pada hari ini sudah terlalu baik. Ia (kerajaan hari ini) kerap ‘menambah baik’ kaedah menerajui negara dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis pelancaran program 3K dan MyDMBS prasekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Lahad Datu di sini, hari ini.


Mengulas lanjut program itu, Mizma yang juga Ketua Wanita Umno Silam berkata dasar kerajaan hari ini bukan sahaja mengutamakan pendidikan tetapi turut memberi perhatian tinggi kepada tahap kesihatan anak-anak sejak mereka lahir agar generasi ini sentiasa cerdas dan cergas.

Hadir sama Ketua Pergerakan Puteri UMNO Silam Zuraidah Asdain dan Guru Besar SK Pekan Sakka Labacho. – BERNAMA

Kategori