Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Jangan Terpedaya Istilah Mati...

KOTA BHARU - Umat Islam di negara ini dinasihat jangan terpedaya dengan istilah...

Lelaki Tak Mengaku Salah...

SEORANG lelaki yang didakwa merompak dan mencederakan seorang wanita dalam lif stesen MRT...

Bekas Ketua Yakuza Akhirnya...

SELEPAS 15 tahun melarikan diri, akhirnya ketua gangster Yakuza, Shigeharu Shira yang melarikan...

Betul Ke Lindsay Lohan...

TINDAKAN pelakon terkenal Hollywood, Lindsay Lohan yang meninggalkan pesanan ā€˜Alaikum salamā€™ di bio...

Usia Bukan Penghalang, Ruhainies Kini Jadi Penerbit

USIANYA dalam industri hiburan masih lagi hijau dan dianggap ‘anak kecil’ jika dibandingkan pelakon lain. Tetapi Ruhainies tidak anggap ia sebagai penghalang untuk bergelar seorang penerbit.

Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas baru sahaja bergelar pelakon sekitar empat tahun lalu dan dia juga mengakui bahawa perasaannya kini sangat teruja apabila disokong oleh produksi Zeel Production.

“Saya ditawarkan membawa watak utama dalam drama, Anugerah Cinta Aisyah yang akan memulakan penggambaran, bulan depan.

Sangka saya watak itu akan dibawakan pelakon lain kerana beberapa nama turut disenaraikan.Ā Saya agak gusar kerana tidak yakin mampu menggalas dua peranan serentak.

“Saya masih baharu dalam dunia penerbitan dan tanggungjawab itu pula menuntut komitmen yang tinggi,” katanya dipetik daripada portal BH Online.

Sebagai pendatang baharu, Ruhainies berasa sedikit gusar dan bimbang jika dia gagal untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pelakon dalam drama berkenaan.

Malah, dia juga perlu memberi fokus yang tinggi terhadap kedua-dua tugasan yang telah diberikan sebagai satu amanah yang berat buatnya selama bergelar pelakon.

“Tidak sampai hati rasanya mahu menghampakan permintaan mereka, lagipun produksi itu banyak membantu menaikkan nama saya,” ujarnya lagi.


Drama berkenaan bukan sahaja bakal menjalani penggambaran di ibu kota, ia juga akan menyambung penggambaran sehingga ke Budapest, Hungary dan berkemungkinan akan bermula selepas Aidilfitri nanti.

“Memang dalam perancangan Budapest dipilih sebagai antara lokasi penggambaran. Apabila berpeluang ke sana, saya manfaatkan sebaik mungkin masa dan bajet dengan menerbitkan sebuah telefilem sebagai projek sulung.

“Teruja sudah tentu, maklum kali pertama menjadi penerbit. Mujur warga Zeel Production banyak membantu dan memberi tunjuk ajar,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, watak Aisyah yang perlu dibawa oleh pelakon berusia 25 tahun itu memerlukan dia memakai tudung labuh disebabkan ia merupakan kisah tentang keagamaan.

Selain itu, pelakon yang popular dengan drama Menantu Ting Tong itu turut perlu mewarnakan rambutnya kepada warna asal bagi menyesuaikan watak.

Menurutnya, sebab utama dia mewarnakan rambut sebelum ini ialah disebabkan tuntutan kerja bagi menjayakan kempen sebuah jenama.

“Saya masih meneliti skrip drama itu kerana banyak yang perlu dilakukan supaya tidak kelam-kabut pada saat akhir,” katanya lagi dengan penuh bersemangat. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori