KUALA LUMPUR – Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh Malaysia akan ditutup sempena sambutan Aidilfitri bermula 15 hingga 17 Jun ini.
Kementerian Kewangan menerusi kenyataan hari ini berkata bagi hari terakhir Ramadan (14 Jun), waktu operasi UTC di Semenanjung akan bermula dari 8.30 pagi hingga 1 tengah hari.
āWaktu operasi UTC di Sabah, Sarawak dan Labuan pula adalah pada 8 pagi hingga 12.30 tengah hari pada hari sama (14 Jun),ā kata kenyataan itu.
UTC akan beroperasi semula seperti biasa pada 18 Jun. – BERNAMA