KUALA LUMPUR – Utusan Melayu (Malaysia) Bhd. (Utusan) akan mengambil langkah perlu bagi melantik pengarah bebas baharu dalam masa terdekat.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Utusan berkata, pihaknya menyedari pentingnya untuk mematuhi keperluan penyenaraian Bursa Malaysia berhubung komposisi pengarah bebas di dalam lembaga pengarah.
“Peletakan jawatan pengarah daripada 12-15 Mei, 2018, adalah sebahagian daripada pelan penstrukturan keseluruhan kumpulan.
“Sementara itu, operasi kami akan berjalan seperti biasa,” kata syarikat itu – BERNAMA