TAK pasal-pasal…sikap tidak bertanggungjawab penghuni pangsapuri yang membuang barang dari tingkat atas telah menyebabkan seorang lelaki warga emas cedera di kepala.
Lapor Shanghaiist, pesara berusia 81 yang dikenali sebagai Wang Juqing menerima 17 jahitan di kepala gara-gara ‘kuali terbang’ yang jatuh ke atas kepalanya ketika sedang berjalan.
Dalam kejadian 17 Mei lalu di daerah Jingyan, China, mangsa dikatakan sedang berjalan di bawah bangunan kediaman itu untuk pulang makan di rumahnya.
Namun secara tiba-tiba, kepalanya ditimpa kuali anti-lekat yang terjatuh dari langit.
“Saya dalam perjalanan pulang ke rumah untuk makan dan tiba-tiba ada objek menimpa dahi saya,” katanya yang dipetik portal berkenaan.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut menunjukkan Juqing mengalami kesakitan sebelum orang awam datang membantunya sementara menunggu paramedik tiba di lokasi kejadian.
Ekoran kejadian itu, keluarga Wang kini terpaksa berdepan dengan bil perubatan yang mahal.
Sementara itu, pihak polis wilayah Leshan memaklumkan kuali berkenaan dipercayai jatuh dari sebuah bangunan 18 tingkat dan kini sedang melakukan siasatan mengesan individu bertanggungjawab.
Setiap penduduk di bangungan berkenaan telah dikumpul cap jari bagi mengenal pasti pelaku. – MYNEWSHUB.CC