TRAGIS… Seorang lelaki tidak dapat menahan sebak dan hanya mampu meratap menyalahkan dirinya apabila gadis yang dicintainya maut dalam satu kemalangan jalan raya.
Dalam kejadian petang Isnin itu, mangsa yang membonceng bersama teman lelakinya dirempuh sebuah lori ketika menyeberangi persimpangan lampu isyarat di Desa Carima, Kecamatan Kahu, Jakarta.
Video insiden kejadian terbabit malah menjadi tular sehingga mengundang reaksi sedih netizen tempatan di media sosial.
Salah seorang saksi mendakwa kejadian pilu itu berpunca akibat daripada tindakan kekasih mangsa yang melanggar lampu isyarat merah ketika berada di persimpangan berkenaan.
“Pemuda berkenaan hanya berhenti seketika di lampu isyarat dan terus memecut motosikalnya. Kedua mereka dilihat sempat bergurau senda,” kata saksi yang dipetik Tribunnews.
Pun begitu, seorang ahli keluarga mangsa, Dimas Levin, tampil menafikan dakwaan saksi menuduh adik lelakinya tidak mematuhi peraturan jalan raya.
“Adik saya pada mulanya sedang menungg di simpang lampu isyarat berkenaan, namun kedudukan mereka ketika itu berada di sisi kiri lori yang mungkin menyebabkan pemandunya tidak perasan.
“Ketika lampu isyarat bertukar hijau, dia pun bergerak seperti biasa namun pemandu lori berkenaan membelok kearah kanan, menyebabkan motosikalnya bergesel sebelum terbabas di bawah lori.” katanya.
Diman turut memohon agar netizen tidak menyebarkan video rintihan adiknya dan menjadikan nahas yang menimpa adiknya sebagai pengajaran kepada orang ramai. – MYNEWSHUB.CC