Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

LGE Nafi P.Pinang Peroleh...

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menafikan...

Wanita Yang Dibeli Untuk...

CHINA ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Seorang lelaki yang membeli isterinya melalui sindiket pemerdagangan manusia, akhirnya terpaksa...

Kerosakan 36 Sekolah Akibat...

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan pembaikan segera 36 sekolah yang terkesan...

Ringgit Menjunam, Hutang Meningkat,...

KUALA LUMPUR ā€“ Ekonomi negara kini bukan sahaja berdepan situasi sengit malah berada...

Video Lucah ‘Syafiq Kyle’ Untuk Dijual?

INDUSTRI hiburan negara hari ini digemparkan dengan penularan klip video yang dikatakan memaparkan aksi lucah seorang lelaki yang menyerupai pelakon popular, Syafiq Kyle.

Video berkenaan mula tersebar luas sejak malam semalam (Ahad) apabila empat buah rakaman berdurasi antara 38 saat hingga dua minit yang memperlihatkan individu mirip pelakon drama Nur itu.

Penyebaran video tersebut di laman sosial nyata mengejutkan khalayak umum apatah lagi populariti Syafiq kini meningkat mendadak selepas mempamerkan lakonan hebat dalam beberapa drama sebelum ini.

Rakaman yang tersebar menunjukkan seorang lelaki yang membahasakan diri sebagai Syafiq itu berbual melalui panggilan video bersama seorang wanita yang bernama Mira.

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna di Twitter, video penuh menampilkan aksi tidak senonoh aktor itu berdurasi hampir 7 hingga 12 minit dan memperlihatkan jejaka itu mundar-mandir di dalam rumahnya dalam keadaan berbogel.

Berdasarkan kapsyen yang disertakan, pengendali akaun Twitter yang dipercayai palsu itu berhasrat mahu menjual koleksi klip video berkenaan dengan harga RM20.

Bayaran RM20 dikenakan bagi mendapatkan video penuh.

Difahamkan, perbualan antara Syafiq dan Mira banyak membincangkan tentang hubungan seks selain gurauan berbaur kelucahan melampau.

Sejak beberapa klip video tersebut tular, Syafiq mahupun pihak pengurusannya masih berdiam diri dan enggan memberikan komen lanjut mengenai penyebaran rakaman tersebut.


Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, pemilik syarikat MASK Team yang menguruskan kerjaya pelakon itu, Shawn Amer juga tidak mahu memberikan sebarang komen memandangkan Syafiq kini sedang sibuk menjalani penggambaran.

Malah, Syafiq di laman Twitter miliknya juga dilihat masih aktif dan berinteraksi dengan peminatnya namun tidak langsung bercakap mengenai kontroversi yang sedang melanda dirinya itu.

Di laman Instagram pula, rata-rata peminat meninggalkan komen pada posting terbaharu Syafiq bertanyakan kesahihan siri rakaman berkenaan.

Dalam pada itu, kebanyakan peminat naib juara Hero Remaja 2012 itu tidak mempercayai video tersebut dilakukan oleh Syafiq dan percaya bahawa dia dianiaya.

Ujar mereka, perkara yang berlaku terhadap Syafiq ini merupakan konspirasi untuk menjatuhkan aktor yang semakin dikenali ramai membawa watak Ustaz Adam dalam drama Nur.

Sebelum tampil menerusi drama Nur, Syafiq mula dikenali ramai apabila membintangi drama rantaian Mencintaimu Mr. Photographer dan Tak Ada Cinta Sepertimu dalam slot Megadrama di Astro. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori