Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Abbas Minta EU Iktiraf...

BRUSSELS - Pemimpin Palestin, Mahmud Abbas meminta Kesatuan Eropah (EU) untuk secara rasminya...

Pasaran Kewangan Tambah Baik...

KUALA LUMPUR - Pasaran kewangan Malaysia terus bertambah baik susulan pelaksanaan langkah untuk...

Polis Marin Rampas 78,000...

TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 78,000 bungkus rokok bernilai RM30,960...

Keluarga Malaysia Teruja, Kagum...

KUALA LUMPUR : Keluarga Malaysia berbilang kaum yang hadir di sambutan Hari Kebangsaan...

Video: Paul Pogba Sambut Ramadan Di Makkah

PEMAIN bola sepak Manchester United, Paul Pogba telah berkongsi video dirinya selepas dia menunaikan umrah di Makkah.

Bintang bola sepak Perancis itu telah memuat naik rakaman tersebut melalui Instagram miliknya ketika berdiri berhadapan Kaabah.

“Ini tempat yang indah, saya tidak dapat menjelaskan perasaan saya di sini.

“Hanya orang yang datang ke sini dapat memahami perasaan itu. Jadi saya harap orang-orang yang belum pernah berada di sini, mereka semua akan sampai di Makkah suatu hari nanti,” katanya dalam video itu yang mempunyai 22.5 juta pengikut di Instagram.

Paul Pogba menunaikan umrah diikuti dengan ibadah puasa pada bulan Ramadan di Makkah dan berhasrat mahu memenuhi masanya pada bulan Ramadan di sana.

Berikutan itu, rata-rata netizen di media sosial memberi komen yang positif dan memuji apa yang dilakukan oleh pemain bola sepak Muslim tersebut.


Ini bukan kali pertama pemain bola sepak antara yang termahal dunia itu melakukan umrah.

Tahun lalu, Paul Pogba menunaikan umrah selepas pasukannya memenangi Liga Eropah apabila Manchester United menewaskan Ajax semasa perlawanan akhir di Stockholm, Sweden.

Dia juga berkongsi video dan gambar di Instagram pada masa itu dengan kapsyen,

“Perkara yang paling indah yang saya lihat dalam hidup saya.”

Pemain bola sepak itu akan menuju ke Rusia tidak lama lagi bermain untuk Perancis pada Piala Dunia FIFA 2018. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori