Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Garis Panduan Pakaian Pekerja...

SITIAWAN - Perbincangan bagi memperkenalkan garis panduan berpakaian untuk pekerja wanita kini dalam...

Kerajaan Pulau Pinang Menipu...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang menipu orang ramai apabila mendakwa...

Takziahā€¦ Tiga Sharifah Kehilangan...

SALAM takziah buat keluarga Sharifah Sakinah, Sharifah Shahirah dan juga Sharifah Haslinda yang...

Gambar Bayi Minum Arak...

GAMBAR seorang bayi yang menikmati minuman keras atau arak telah mencetuskan kontroversi serta...

Wanita Didakwa Dera Anak Perempuan Kenalan

KUALA LUMPUR – Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendera anak perempuan kenalannya yang berumur lima tahun.

R.Seeta, 28, yang tidak bekerja membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan alam bahasa Tamil di hadapan Hakim Roihatul Ahmad Abdullah.

Dia didakwa dengan sengaja mendera kanak-kanak itu sehingga menyebabkan kecederaan kesan parut pada bahagian muka, badan, kaki, tangan serta kepala mangsa di sebuah rumah di Taman Kuchai Lama di sini, pukul 5.30 petang pada 12 Dis 2017.

Dia dituduh mengikut Seksyen 31(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Aris Kamaludin tidak menawarkan sebarang jaminan dengan alasan kesalahan itu tidak boleh dijamin namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah dengan alasan dia tidak bekerja.


“Saya juga belum berkahwin dan ibu saya datang untuk menjamin,” katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang menganggu saksi dan perlu melaporkan diri dua kali setiap bulan di balai polis berdekatan serta 1 Jun ditetapkan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Dera

Kategori