Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Berselfie Tanpa Henti Hingga...

Kuala Lipis - “Kak Yong gembira pada Ahad lalu selain tidak berhenti berselfie...

India Larang Guna Agama,...

NEW DELHI - Mahkamah tertinggi India semalam melarang ahli politik menggunakan agama dan...

Henti Spekulasi Nahas Helikopter...

Johor Bahru : Kementerian Pertahanan meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang andaian...

Vivy Yusof Didesak Letak...

SATU petisyen yang menggesa ahli perniagaan popular, Vivy Yusof meletak jawatan sebagai Ahli...

Wanita Mampu Memimpin Pasukan Bomba, Penyelamat

KOTA BHARU – Timbalan Penguasa Bomba Zaini Bidin menyifatkan pelantikannya sebagai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu pada 2013 bagi mengetuai pasukan yang kesemua anggotanya lelaki adalah kerana kepercayaan terhadap keupayaannya untuk memimpin.

“Jika mempunyai kelayakan dan kekuatan mental serta fizikal, wanita juga mampu memegang jawatan inggi dalam pasukan sama seperti lelaki.

“Memang wajar lebih ramai wanita diberi peluang tetapi jangan hanya memenuhi kuota…wanita perlu tunjukkan yang mereka boleh bekerja dengan baik,” katanya yang telah 28 tahun berkhidmat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Mengimbau penglibatan sebagai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bahru, beliau berkata tragedi ‘bah kuning’ di Kelantan pada 2014 menguji keupayaannya dalam mempimpin pasukan untuk melakukan usaha menyelamat.

“Keputusan serta strategi saya bincang secara bersama dengan pasukan dan ketika ini kekuatan mental serta fizikal memang diperlukan,” katanya kepada Bernama.

Zaini yang pada mulanya tidak menyangka akan dipilih untuk menerajui pasukan beruniform itu berkata, “wanita juga merupakan tonggak kekuatan dalam pasukan. Apa yang paling penting adalah jangan sesekali membuat keputusan mengikut emosi serta perlu mempunyai pendirian tersendiri.”

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan Keusahawanan dan Inovasi Global (GERIC) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Dr Nik Maheran Nik Muhammad berkata lebih ramai wanita perlu diberi peluang menjawat jawatan pada peringkat tertinggi dalam negara.

“Jika dilihat ketika ini, golongan wanita lebih ramai di universiti awam serta swasta. Ini membuktikan intelligence quotient (darjah kecerdasan otak) golongan wanita adalah setanding dengan lelaki,” katanya.


Beliau berkata usaha kerajaan memperkasakan wanita merupakan langkah yang baik kerana golongan itu merupakan kunci kejayaan negara.

Dalam manifesto Barisan Nasional (BN) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, sebanyak 74 daripada 364 inisiatif adalah mengenai dan berkaitan dengan wanita, termasuk 25 pengisian khusus untuk kaum hawa.

Antaranya adalah BN komited memastikan 30 peratus representasi wanita di Dewan Negara melalui pindaan Perlembagaan. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori