Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Krisis Air: Restoran Nafi...

KUALA LUMPUR - Baru-baru ini tular dalam laman sosial, sekeping resit bayaran di...

Politeknik Penuhi Keperluan Industri...

PUTRAJAYA – Sebuah restoran di Selatan India tular baru-baru ini apabila menggunakan robot...

Dewan Rakyat Kecoh Dua...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mengungkit kisah lama dan penggunaan perkataan “samseng”, persidangan hari...

PRN Sarawak: Isu Ceramah...

SESUATU yang cuba disorok pembangkang, kerajaan Sarawak begitu prihatin membenarkan Ketua Menteri Pulau...

Wanita Maut Dipercayai Dibunuh Dijumpai

SUNGAI PETANI – Seorang wanita maut dipercayai akibat dibunuh dalam kejadian di Flat Paya Nahu dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Saifi Abdul Hamid berkata mangsa berusia 27 tahun itu dikatakan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sewaktu ditemukan oleh seorang lelaki, di bawah jambatan jalan berhadapan sebuah hospital swasta, di sini.

“Kira-kira 4.15 petang semalam, polis menerima panggilan telefon daripada Klinik Kesihatan Bandar Sungai Petani memaklumkan bahawa mangsa disahkan meninggal dunia.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Flat Paya Nahu sebelum mangsa dibawa dan diletakkan di bawah jambatan jalan hadapan Hospital Metro,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Saifi berkata kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan susulan kejadian itu, polis menahan tiga wanita serta seorang lelaki bagi membantu siasatan.


“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk proses bedah siasat, manakala usaha mengesan suspek lain yang mungkin terlibat sedang dijalankan,” katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori