BETAPA kecewanya seorang wanita apabila mendapati bintang peliharaannya yang dibeli pada harga £140 adalah seekor rubah, bukannya anjing seperti yang disangkanya.
Wang, dari China, berkata, dia menyedari keadaan itu apabila binatang itu, enggan makan makanan anjing dan ekornya juga mulai memanjang, ketika berusia tiga tahun.
“Saya belinya daripada sebuah kedai binatang peliharaan pada Julai tahun lepas. Bulunya semakin tebal selepas berusia tiga bulan,’’ katanya kepada pemberita dari Shanzi Network Television.
Ketika membawa haiwan itu ke taman, anjing-anjing lain takut kepada binatang tersebut manakala orang ramai memberitahu Wang bahawa binatang itu adalah rubah, bukan anjing seperti sangkaannya.
Dia kemudiannya membawa binatang berkenaan ke zoo Taiyuan dan pihak zoo mengesahkan ia adalah rubah.
Pengesahan itu dibuat berdasarkan saiz serta bau badannya yang semakin kuat apabila ia meningkat dewasa.
Susulan itu, Wang memutuskan untuk menghantar rubah terbabit ke zoo bagi membolehkan ia mendapat penjagaan rapi. – MYNEWSHUB.CC
*Video sekadar hiasan…