Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Bocor Maklumat 1MDB: Rafizi...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli...

Hariri Kembali Ke Lubnan...

BEIRUT - Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri, kembali ke negaranya lewat semalam, menjelang...

2 Beranak Maut Nahas...

KINABATANGAN - Dua beranak maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah kenderaan pacuan...

11 Dipenjara Serang Masjid,...

TEHRAN - Sebelas anggota kumpulan pembangkang Iran yang dituduh menyerang masjid dan harta...

Wanita Tertua Dunia Tidak Pernah Hidup Bahagia

KOKU Istambulova merupakan wanita paling tua di dunia dengan usianya sudah mencecah 128 tahun, namun warga emas ini mendakwa dia tidak pernah hidup bahagia sepanjang hidupnya.

“Saya tidak pernah berasa gembira walau sehari pun dalam hidup saya. Saya terpaksa bekerja keras, saya penat. Umur panjang bukannya anugerah bagi saya tapi ia adalah satu hukuman.

“Melihat semula kehidupan lalu, saya berharap dapat mati ketika muda. Kini pun saya bukannya `hidup’,’’ katanya meluahkan kekesalahan kerana diberikan umur panjang.

Koko, dilahirkan pada 1 Jun 1889 dan menetap di Chechnya. Baru-baru ini kerajaan Rusia mengesahkan umur Koku adalah 128 tahun.

Semua anak-anaknya telah meninggal dunia dengan anak terakhir yang meninggal dunia adalah Tamara, yang menghembuskan nafas ketika Koku berusia 104 tahun.

Koku memberitahu dia tidak mempunyai rahsia umur panjang cuma dia sukakan susu dan tidak makan daging.


“Ia adalah takdir Tuhan. Saya tidak melakukan apa-apa. Saya telah melihat orang bersenam, makan makanan kesihatan, menjaga kesihatan diri tapi saya tidak ada idea bagaimana saya dapat hidup hingga kini,’’ katanya.

Dia mendakwa pernah hidup semasa Perang Saudara Rusia dan dua kali perang Chechen. Koku juga pernah merasa hidup dalam buangan semasa zaman Stalin.

“Ketika itu kami menetap di Siberia dan ketika di Kazakhstan pula kami tahu bagaimana penduduknya benci kami,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori