Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Ancaman IS Di Sabah...

LABUAN - Ancaman kumpulan militan Islamic State (IS) di Sabah akan menjadi serius...

Komitmen Kempen ‘Negaraku’ MAS...

KUALA LUMPUR - Komitmen Malaysia Airlines (MAS) menyertai inisiatif kempen "Negaraku" wajar dicontohi...

Ribuan Hadiri HPU UMNO-PAS...

KUALA TERENGGANU - Ribuan hadirin membanjiri Stadium Negeri malam ini bagi menyaksikan Himpunan...

Selepas Serang Najib, Rafizi...

Pujian harus diberikan kepada bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kerana bijak mengambil...

Watak Lebih Mencabar, Farah Selesa Ganding Dengan Aliff

SEBAGAI seorang pelakon yang sedang membina nama dalam industri seni, Farah Nabilah tidak menganggap bergandingan bersama mana-mana aktor berstatus suami orang itu sebagai satu cabaran besar buatnya.

Baca: Penat Jadi ‘Baik’, Farah Mahu Cuba Watak Lain

Juga: Farah Nabilah Tak Takut Ganding Dengan Aliff Aziz

Kontroversi sebelum ini yang pernah melanda aktor tinggi lampai, Aliff Aziz turut tidak membuatkan Farah berasa tertekan ketika mereka digandingkan menerusi drama baharu berjudul Halalkan Hati Yang Kucuri.

“Sebelum ini, saya digandingkan dengan pelakon lelaki yang belum berkahwin. Kiranya, bersama Aliff, inilah projek drama pertama saya berlakon di samping aktor yang sudah berumahtangga. Begitupun, ia bukanlah masalah besar buat saya,” katanya dipetik daripada portal BH Online.

Bagi Farah yang namanaya mula meledak selepas drama Titian Cinta, dia beranggapan Aliff sebagai seorang pelakon yang mudah untuk diajak berbincang tentang peraturan mereka ketika di hadapan lensa kamera.

Malah, perbincangan yang dijalankan sebelum memulakan penggambaran itu turut meraih kata sepakat antara dua belah pihak.

Walaupun isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah berada di set penggambaran, ia langsung tidak mendatangkan sebarang masalah buat mereka.

Sebelum ini, Farah sering membawa watak sebagai seorang gadis yang sering dianiaya tetapi kali ini, watak Delisha Daud yang dibawanya begitu mencabar emosi dan kemampuannya sebagai seorang pelakon.

“Saya memilih cerita ini kerana watak Delisha memerlukan saya bermain dengan banyak karakter. Delisha dilahirkan dalam keluarga kaya dan mendapat apa saja yang diinginkan olehnya. Semua itu membuatkannya berlagak, bongkak dan memandang rendah kepada orang lain.


“Delisha juga suka menghina insan lain. Hendak dijadikan cerita, karma datang kepadanya. Dia akhirnya jatuh miskin hingga menjadi gelandangan. Jika hendak tahu kisah selebihnya, kenalah tengok drama arahan Hashim Rejab ini bermula 22 Mei, yang disiarkan menerusi slot Akasia, TV3,” ujarnya lagi.

Namun, sebelum ini, pelakon berusia 26 itu beranggapan bahawa watak Rahadatul ‘Aisy yang dibawa ketika digandingkan bersama Zul Ariffin dalam drama Titian Cinta itu sudah begitu berat buatnya.

Tetapi, ternyata watak dalam drama baharunya ini lebih mencabar baginya sepanjang bergelar pelakon sejak tujuh tahun lalu.

Halalkan Hati Yang Kucuri bukanlah satu drama berkaitan kisah cinta tetapi naskhah itu sarat dengan drama dan cerita tentang kehidupan.

Dalam perkembangan lain Farah kini sedang sibuk menjalani penggambaran bagi drama kandungan berjenama berjudul Ms. Emoji Mr. Data.

Selain Farah, antara pelakon lain yang turut membintangi drama tersebut ialah Azira Shafinaz, Ikmal Amry, Aedy Ashraf dan ramai lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori