Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Lancar Pelan Transformasi...

PUTRAJAYA - Pelan Transformasi Minda Ke Arah Negara Bersih, Indah dan Sejahtera 2015-2020...

Tiada Tapisan Internet Tak...

KUALA LUMPUR - Jaminan kerajaan untuk tidak mengenakan penapisan terhadap internet bukan bermakna...

KDN Ambil Tindakan Pelancong...

BUKIT KAYU HITAM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang berat isu jumlah yang...

Warga Rohingya Di Malaysia...

HULU TERENGGANU - Nampaknya setiap warga Rohingya yang membawa diri ke Malaysia mempunyai...

Yana Samsudin Gembira Hubungan Farid, Diana Baik

PELAKON dan pengacara, Yana Samsudin meluahkan rasa syukur apabila hubungan antara pengarah, Datuk Farid Kamil bersama isteri tercinta, Datin Diana Danielle kembali pulih sepenuhnya.

Malah, isteri kepada Fadzil Zahari itu mengakui turut berasa gembira dengan perkembangan hubungan abang iparnya yang kembali kini semakin harmoni.

Pada masa sama, Yana turut mendoakan yang terbaik buat mereka selain berharap kebahagiaan pasangan tersebut lebih telus dan kekal sehingga ke akhir hayat.

“Alhamdulillah, saya sebagai ahli keluarga juga bersyukur dan gembira melihat hubungan mereka (Farid dan Diana) kembali mesra seperti dahulu. Saya harap ia telus dan berkekalan sehingga ke anak cucu,” ujarnya dipetik mStar Online.

PELAKON dan pengacara, Yana Samsudin.

Tambah Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, ia mungkin hikmah di sebalik kejadian malang yang menimpa pengarah itu beberapa bulan lalu.

“Saya kenal dia sudah lama dan tidak percaya dia melakukan perkara itu. Tapi ia mungkin jalan yang sudah tertulis. Allah ingin tunjuk dia jalan yang lain dan lebih baik. Semuanya sekarang sudah jadi harmoni,” tambah Yana.

Menurutnya lagi sebagai salah seorang ahli keluarga, dia sentiasa memberi sokongan dan dorongan penuh terhadap semua tindakan yang diambil pengarah berkenaan.


“Saya sokong daripada bahagian keluarga. Apa yang berlaku ini bukan memberi kesan kepada dia sahaja, malah satu keluarga,” ujarnya.

Sementara itu ditanya mengenai perkembangan diri, Yana dikatakan bakal terlibat dalam karnival KL Raya Fest pada tahun ini.

Memetik sumber, difahamkan karnival tersebut bermula pada 8 Jun hingga 11 Jun dan berlangsung selama 72 jam tanpa henti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). – MYNEWSHUB.CC

Kategori