Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Olimpik 2016: Pandalela Mahu...

SEPANG - Ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg berhasrat untuk menguatkan lagi ketahanan...

Larian Obor KL 2017...

SANDAKAN - Larian Obor Sukan Sea dan Para ASEAN 2017 dapat memberi ruang...

Mangsa Ribut Kampung Ramunia...

KOTA TINGGI - Sejumlah 10 keluarga di Kampung Teluk Ramunia, Pengerang, dekat sini,...

Pembangunan Bandar Malaysia Tidak...

PUTRAJAYA - Pembatalan perjanjian jualan saham (SSA) Bandar Malaysia tidak mengugat rancangan jangka...

Zarina Dan 50 Penyokong Sertai PPBM

KOTA BHARU – Ketua Penerangan Wanita UMNO Kelantan, Zarina Md Eusope, bersama 50 penyokongnya mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), hari ini.

Zarina berkata, keputusan itu dibuat berikutan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Barisan Nasional (BN) dilihat tidak mampu lagi membela nasib rakyat khasnya Melayu kerana perjuangan asal UMNO membela rakyat.

Katanya, tindakannya menyertai PPBM itu tidak dipengaruhi mana-mana pihak dan ia dibuat atas dasar meneruskan perjuangannya.

“Saya mengambil langkah ini untuk memastikan projek rakyat sebelum ini diteruskan, termasuk Pasar Terapung Pengkalan Datu dan Kampung Pelangi di Sungai Budor.

“Jika saya masih bersama dengan BN, sudah tentu sukar untuk meneruskan projek rakyat yang terbengkalai,” kata bekas calon BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor pada sidang media, hari ini.

Yang turut hadir, kira-kira 50 Ahli Jawatankuasa (AJK) Cawangan dan AJK Wanita UMNO, termasuk Bendaharinya, Elina Mohamed Nor dan Ketua Penerangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Panchor, Che Shafie Che Omar.

Dalam PRU14, Zarina bersama calon PKR, Mohd Zulhazmi Hassan, tewas kepada calon PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.


Pada masa sama, beliau berterima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kerana mentadbir negara dengan baik sebelum ini.

“Kami selaku penyokong parti perlukan satu ketetapan untuk terus maju ke hadapan dan memberi fokus utama terhadap Melayu serta rakyat.

“Saya harap kepemimpinan UMNO Kelantan terutama wanita menyokong kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan mengikuti jejak langkah saya demi kebaikan rakyat,” katanya yang menyertai UMNO sejak usia 18 tahun. – Berita Harian

  • Lagi berita berkaitan:
  • UMNO

Kategori