Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Rumah Kedai 2 Tingkat...

MUKAH - Sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Orang Kaya Medan Setia Raja...

Misi UMNO Kuasai Semula...

JOHOR BAHRU - Misi UMNO adalah menguasai semula kerajaan melalui Barisan Nasional (BN)...

Mid Valley City Dibuka,...

KUALA LUMPUR: Pusat beli-belah Mid Valley City di sini, dibuka untuk operasi seperti...

Media Sosial Bukan Gambaran...

ALOR SETAR - Perang politik di media sosial dilihat kian membahang menjelang pilihan...

Zul Huzaimy, Isteri Timang Cahaya Mata Lelaki

ALHAMDULILLAH, tahniah diucapkan kepada Zul Huzaimy yang baru sahaja selamat menimang cahaya mata pada Sabtu lalu.

Zul atau nama sebenarnya Zul Huzaimy Marzuki menerusi beberapa entri di akaun instagram miliknya berkongsi berita gembira tersebut selepas isterinya, Nur Ernawati Mohamad selamat melahirkan anak mereka.

Difahamkan, isteri kepada pelakon itu melahirkan bayi lelaki seberat 3.48 kilogram di di sebuah pusat perubatan swasta di ibu kota kira-kira pukul 11.20 pagi.

Menurut Zul, perasaannya amat berdebar-debar ketika isteri dimasukkan ke wad tambahan pula dia tidak tahu apa yang akan berlaku.

“Isteri saya masuk wad sekitar 9 pagi dan selepas dua jam akhirnya selamat bersalin. Perasaan gembira dan syukur saya sukar digambarkan.

“Setakat ini bayi masih di wad kerana belum membuang air besar. Dalam proses menunggu ini, sempatlah saya melukis muka bayi dan muka kakaknya.


“Nama untuk bayi juga belum ada. Saya mengharapkan agar dia jadi pakar dalam bidang seni bina selain mengimpikan dia hafiz Al Quran dan kitab-kitab lain,” katanya dipetik Harian Metro.

Dalam pada itu, Zul bagaimanapun bersyukur kerana segalanya berjalan lancar dan gembira akan kehadiran anak kecil itu yang semestinya bakal menyerikan lagi rumah tangga mereka. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori