Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Payung Ajaib Untuk Jemaah...

JEDDAH - Lebih tiga juta jemaah dari serata dunia berhimpun di tanah suci...

Siti Nurhaliza Enggan Ulas...

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza mengambil pendekatan enggan mengulas lanjut mengenai...

Polis Keluar 38 Saman...

ALOR SETAR - Polis mengeluarkan 38 saman dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan...

Bekas Pembantu Pendaftar JPN...

JOHOR BAHRU - Seorang bekas pembantu pendaftar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dihadapkan di...

Zulfadli, Chun Seang ‘Kantoi’ Di WhatsApp

PERBUALAN dua pemain badminton negara yang digantung semalam, Zulfadli Zulkiffli dan Tan Chun Seang di aplikasi WhatsApp menjadi bukti utama siasatan kes yang menyaksikan mereka berdua didapati bersalah dalam tuduhan mengatur perlawanan.

Menurut laporan penuh yang dikeluarkan Persektuan Badminton Dunia (BWF) di laman web mereka, kedua-dua pemain tersebut didapati terlibat dengan skandal mengatur perlawanan dalam enam kejohanan.

Kejohanan tersebut adalah Grand Prix (GP) Emas Terbuka London 2013, GP Terbuka Belanda 2013, GP Emas Terbuka Korea, GP Terbuka Macau 2014, GP Terbuka Amerika Syarikat 2014 dan GP Emas Terbuka Brazil 2016.

Pendengaran tersebut diadili tiga ahli panel bebas dilantik BWF diketuai oleh James Kitiching bersama Sylvia Schenk dan Annabel Pennefather itu serta dilakukan pada 26 dan 27 Februari lalu.

Laporan itu juga menyatakan bahawa BWF telah mendapatkan perbualan Zulfadli dan Chun Seang menerusi aplikasi WhatsApp melalui telefon pintar mereka.

Perbualan tersebut merangkumi tempoh 15 bulan antara 27 September 2013 hingga 12 Disember 2014 dan dari perbualan itulah mereka berdua didapati terlibat dengan skandal berkenaan.

“Seperti yang diterangkan oleh Andy Hines-Randle (Pengurus Unit Integriti BWF), perbualan itu diekstrak oleh syarikat yang khusus dalam pengekstrakan forensik data dari telefon mudah alih.

“Perbualan itu sebahagian besarnya dalam bahasa Melayu. Selepas mengenal pasti perbualan yang dipilih, BWF melantik sebuah syarikat untuk menterjemahkannya dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris bagi tujuan penyiasatan.

“Mereka kemudiannya memecahkan ia menjadi empat fail berasingan dengan tanda Perbualan#1, Perbualan#2, Perbualan#3 dan Perbualan#4,” tulis laporan tersebut.

Daripada perbualan yang disebarkan itu, Zulfadli dan Chun Seang secara jelas dilihat sedang melakukan cubaan mengatur perlawanan yang disertai mereka.

Bagaimanapun, melalui perbualan mereka itu, Chun Seang dilihat lebih berpengalaman dalam perbuatan mengatur perlawanan.

Namun Zulfadli dikenakan hukuman lebih berat kerana ‘dikatakan lebih lama terbabit berbanding Chun Seang’ dan ‘bukti menunjukkan dia terbabit dalam menukar empat keputusan perlawanan.

Sumber Infografik: NST Online

Semalam, BWF telah memberi hukuman penggantungan 20 tahun kepada Zulfadli dan 15 tahun kepada Chun Seang berkuat kuasa 12 Januari lalu selepas didapati bersalah mengatur perlawanan.


Baca: Karier Badminton Zulfadli, Chun Seang Berkubur…

Kedua-dua pemain turut didenda apabila Zulfadli dikehendaki membayar sebanyak AS$25,000 (RM98,338) manakala Chun Seang sebanyak AS$15,000 (RM59,000).

Laporan itu juga menyebut Zulfadli terbabit dengan 27 pelanggaran Kod Tatatertib 2012 dan empat Kod Tatatertib 2016 pertaruhan dan mengatur perlawanan manakala Chun Seang pula didapati terbabit dalam 26 pelanggaran Kod Tatatertib 2012.

Dalam pada itu, difahamkan kegiatan mereka mula terbongkar selepas BWF menerima aduan daripada seorang pemain yang tidak didedahkan namanya yang mengatakan bahawa dia telah dihubungi Zulfadli bagi tujuan mengatur perlawanan.

Kejadian tersebut dilaporkan terjadi pada Terbuka Brazil 2016 dan aduan dari pemain berkenaan menyebabkan badan induk badminton dunia itu menjalankan siasatan terhadap Zulfadli yang merupakan juara remaja dunia 2011.

Bagaimanapun, menerusi laporan portal BH Online, Zulfadli ketika dihubungi seolah-olah tidak berpuas hati dengan keputusan yang dikenakan ke atasnya itu.

Ketika dihubungi melalui WhatsApp, Zulfadli mempersoalkan sama ada dia merupakan mangsa atau tertuduh dan akan membuat penerangan mengenai perkara itu tidak lama lagi.

“Sudah semestinya saya akan memberikan komen berhubung keputusan ini dalam sehari dua lagi. Buat masa ini, saya sedang menenangkan fikiran saya tapi saya juga mahu semua orang tahu apa yang berlaku terhadap saya.

“Malangnya, BWF tidak mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman mati. Kalau tidak saya pasti mereka memutuskan pilihan itu. Beri saya sedikit masa dan saya akan mengadakan sidang media, #mangsa atau tertuduh?” katanya ketika dihubungi portal berkenaan.

Laporan penuh perbualan lengkap Zulfadli dan Chun Seang di aplikasi WhatsApp itu boleh didapati di laman web BWF di pautan http://bwfcorporate.com/integrity/hearing-panel-decisions/. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori