Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Perintah Berkurung Di Esszone...

KOTA KINABALU - Fasa 17 perintah berkurung di kawasan perairan Zon Keselamatan Timur...

Takiyuddin Ganti TPM Beri...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri...

Kod Penerbangan 8501 Bakal...

Akibat tragedi kehilangan pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 pada pagi Ahad, Air Asia...

Adoyyy…Tiga Jam Tersepit Mesin...

Melaka - Seorang pekerja wanita sebuah kedai serbaneka 24 jam terpaksa menanggung azab...

10 Operator Telefon Perdaya Warga Emas Didakwa

KAMPAR – Sekumpulan 10 rakan sekerja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdayakan individu melibatkan RM26,000, dipercayai berkaitan dengan sindiket penipuan Macau Scam, minggu lepas.

Kesemua tertuduh Liaw Wee Soon, 28; Lee Kian Yew, 32; Kenny Ling Leong Chuong, 27; Ooi Chin Leng, 31; Tee Kwee Ming, 19; Tan Ban Yap, 30; Phang Jun Wei, 19, Calvin Chan Wai Lam, 24; Sim Wei Long, 18, dan Dickson Chok Kim Leong, 19, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh.

Mengikut pertuduhan pertama, kesemua mereka didakwa berpakat melakukan jenayah dengan memperdaya Then Kim Yeem, 65, untuk menyerahkan wang berjumlah RM23,000 di Ambank Kampar, di sini, pada 12.45 tengah hari pada 5 Jun lepas.

Mereka juga didakwa berpakat melakukan jenayah dengan memperdaya sehingga mendorong Then menyerahkan RM3,000 lagi di tempat sama,pada 1.31 tengah hari, hari sama.

Kesemua mereka yang bekerja sebagai operator telefon di sebuah syarikat pemungut hutang di ibu negara didakwa mengikut Seksyen 120 B (1) Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara antara setahun hingga 10 tahun, sebat dan denda.

Kesemua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Hennie Soraya Hanafi.

Pendakwaan kes pula dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kenneth Oon.


Terdahulu, Kenneth tidak menawarkan sebarang jaminan, namun jika dibenarkan mahkamah atas budi bicara pihak pendakwaan meminta kesemua tertuduh dikenakan jaminan RM10,000 setiap orang bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun Nur Faizah membenarkan ikat jamin RM8,000 setiap seorang bagi pertuduhan pertama manakala RM6,000 setiap seorang bagi pertuduhan kedua.

Mahkamah menetapkan 4 Julai depan untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam. – BERNAMA

Kategori