Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

7,720 Calon SPM Ulangan...

PUTRAJAYA : Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2022 akan dilaksanakan bermula 12 hingga...

Tiada Tajaan Haji, Pesawat...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa...

Video: Pendandan Potong Rambut...

KEBIASAANNYA, kita hanya melihat pendandan rambut menggunakan pelbagai jenis gunting yang datang dalam...

Makkah: Belum Pulang Tapi...

BENAR kata mereka yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah, perasaan rindu...

1MDB: Bekas Pegawai Khas Kepada Najib Direman 7 Hari

PUTRAJAYA – Bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes 1Malaysian Development Bhd (1MDB).

Perintah tahanan reman terhadap ‘Datuk’ itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini sehingga 1 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Suspek tiba di perkarangan mahkamah di sini kira-kira 9.15 pagi berpakaian lokap SPRM berwarna oren dengan tangan bergari.

Sebelum ini, lelaki berumur 42 tahun itu dipanggil untuk diambil keterangan sebelum ditahan kira-kira 9.45 malam di ibu pejabat SPRM semalam.

Beliau pernah berkhidmat dengan Bank Negara sebelum dilantik sebagai pegawai khas kepada Najib pada 2009. Beliau meletakkan jawatan pada 5 Jun lepas. – BERNAMA

Kategori