Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Wanita Umum Mengandung Hanya...

"AKU mengandung. Hubungi aku." Ia memang mengejutkan apabila anda mendapat mesej berkenaan. Tambah...

Hanya Lakon Drama, Eyka...

DI bulan mulia ini, pastinya semua umat Islam akan berebut-rebut melakukan amal ibadat...

Gurun Badain Jaran Tandus...

WILAYAH GANSU, China - Sebahagian besar gurun tandus Badain Jaran di barat laut...

Laut Bergelora, Kembung Kurang,...

KEMAMAN - Kekurangan ikan kembung di jeti pendaratan di seluruh negara menyebabkan harganya...

1MDB Masuk Akaun Peribadi Luar Pengetahuan Najib

DANA wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang muncul dalam akaun bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa sebagai luar daripada pengetahuan beliau sendiri.

Malahan lapor Berita Harian, Najib tampil memberi kenyataan dengan bertegas bahawa dirinya tidak patut dipersalahkan terhadap skandal 1MDB yang konon membabitkan kerugian berbilion-bilion ringgit.

Katanya, beliau tidak tahu jika dana yang bergerak melalui akaun peribadinya adalah daripada 1MDB yang akhirnya digubah untuk peroleh aset di seluruh dunia, termasuk kapal pesiaran, lukisan, permata dan hartanah.

“Saya tiada kaitan dengan kapal layar, lukisan… Saya bahkan tidak pernah melihat lukisan itu. Saya tidak menyedari pembelian ini. Ia dilakukan tanpa pengetahuan saya.

“Saya tidak akan membenarkan dana 1MDB digunakan untuk mana-mana perkara ini. Saya sudah lama berkhidmat dalam kerajaan, saya tahu apa yang betul dan apa yang salah,” kata Najib.

Ini merupakan kenyatan terbuka pertama beliau dalam sesi wawancara eksklusif yang diadakan di sebuah vila mewah menghadap laut di sebuah hotel lima bintang, Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Ujar Najib, pihak lembaga pengarah 1MDB mempunyai tanggungjawab memberitahunya jika ada sebarang perkara yang salah berlaku.


Beliau jelas merujuk dakwaan jahat Peguam Negara Amerika Syarikat, Jeff Sessions menggambarkan Najib konon sebagai ‘kleptokrasi paling buruk’ selepas satu dekad berkuasa kerana skandal 1MDB.

Manakala Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kelmarin mendakwa pihak berkuasa konon ada ‘kes hampir sempurna’ terhadap Najib atas tuduhan penggelapan, penyelewengan dan rasuah dikaitkan dengan 1MDB.

Najib bagaimanapun mempunyai penjelasan tersendiri mengenai sejumlah wang tunai, beg tangan mewah dan barang kemas yang dirampas dari rumahnya oleh pihak berkuasa baru-baru ini. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • 1MDB

Kategori