Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Eksekutif Jualan Nafi Keluarkan...

EKSEKUTIF jualan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, atas...

Sejuta Pelarian Sudan Selatan...

ARUA - Jumlah rakyat Sudan Selatan yang melarikan diri ke Uganda mencecah sejuta...

Tak Wajib Serai Jadi...

IPOH - Kementerian Kesihatan (KKM) tidak mewajibkan penggunaan serai sebagai penyedut minuman di...

Kecoh… Iron Man ‘Gegarkan’...

JIKA sebelum ini, kecoh dengan berita mengenai Ultraman datang ke sebuah sekolah di...

2 Anak Melayu Juara Debat Mandarin Antarabangsa

HEBAT… Dua anak Melayu lakar sejarah apabila berjaya memenangi Pertandingan Debat Bahasa Mandarin Pelajar Antarabangsa di China yang berlangsung baru-baru ini.

Menurut Berita Harian, Nur Afifah Elias dan Arina Safwah Jailan merupakan penuntut di Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing (BFSU) telah menyertai pertandingan debat tersebut.

Mereka mewakili daerah Hebei berjaya ke peringkat akhir selepas mengharungi lima pusingan dalam tempoh tiga bulan dengan mempamerkan aksi debat yang cemerlang.

Antara tajuk yang diperdebatkan termasuklah “Media sosial lebih mendekatkan masyarakat atau sebaliknya” dan “Penularan di media sosial barah atau penawar?”

“Pasukan debat BFSU dinobatkan sebagai johan sekali gus berjaya mencipta sejarah baru dalam rekod penyertaan kali ini,” kata Education Malaysia Beijing (EMB) dalam satu kenyataan.

Sebanyak 16 universiti terkemuka di daerah Beijing dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Jepun, Sweden dan Australia mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut yang berlangsung dari 15 April sehingga 15 Jun lalu.

Mengulas lanjut, EMB turut memberi pujian pelajar dari Malaysia berkenaan kerana bukan sahaja mampu menguasai bahasa asing malah turut mengalahkan peserta-peserta yang memang berbangsa Cina.

“Ini menunjukkan kualiti dan potensi yang ada pada pelajar Malaysia setanding dengan negara-negara membangun lain.


“Semoga lebih ramai lagi penuntut Malaysia dapat mencipta kejayaan di negara tembok besar ini,” jelasnya.

Terdahulu, salah seorang juara peserta debat, Nur Afira berjaya mengharumkan nama negara apabila muncul naib juara Pertandingan Pidato Bahasa Mandarin Pelajar Antarabangsa 2017 di Beijing tahun lalu.

Ternyata postensi dua anak muda negara ini cukup membanggakan sebagai anak Malaysia yang mampu bersaing dengan peserta-peserta dari negara lain di pentas antarabangsa.  MYNEWSHUB.CC/MIZE

*Video sekadar hiasan…

Kategori