Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sungai Lereh Tercemar Akibat...

MELAKA: Pencemaran Sungai Lereh yang berlaku semalam dipercayai berpunca daripada pembuangan sisa kumbahan...

Isu Pekerja Asing Perlu...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu...

Bergurau Kata Lemaskan Dua...

HOUSTON - Seorang wanita membunuh dua anaknya yang masing-masing berusia lima dan tujuh...

Laki Bini Berenang 10...

TAWAU - Sepasang suami isteri terpaksa berenang lebih 10 jam di laut selepas...

2 Biji Mangga Jepun Ini Dijual Lebih RM14,000

MAHALNYA… Hampir RM15,000 hanya untuk harga dua biji mangga yang dianggap terbaik dan paling sedang di Jepun!

Bagi ramai orang mungkin tidak berbaloi menghabiskan wang sebanyak itu sekadar untuk menikmati dua biji buah mangga. Namun, tidak begitu bagi sesetengah warga Jepun.

Akhbar The Japan Times melaporkan kedua-dua mangga berjenama Taiyo no Tamago atau bermaksud telur matahari itu dilelongkan pada ¥400,000 (kira-kira RM14,571) di Daerah Miyakazi baru-baru ini.

Demi mencapai harga lelongan yang begitu tinggi, Persekutuan Ekonomi Pertanian Miyazaki menyatakan mangga yang dijual di bawah jenama Taiyo no Tamago ini dipilih di bawah kriteria amat teliti.

Ini termasuk berat setiap satunya mestilah melebihi daripada 350 gram dan memiliki rasa sangat manis serta lebih separuh daripada kulitnya hendaklah berwarna merah muda.

Menurut The Japan Times, dua mangga itu memecahkan rekod harga yang dilelong tahun lalu. Dengan berat sekitar satu kilogram, mangga-mangga berkenaan dijual di sebuah gedung serbaneka di Fukuoka.


Sempena ulang tahunnya yang ke-20, Timbalan Gabenor Wilayah Miyazaki, Yukitoshi Gunji berikrar akan terus berusaha mempromosikan jenama popular tersebut di peringkat global.

“Ia (mangga itu) sudah berkembang menjadi jenama besar bagi Miyazaki, bahkan juga dijadikan bahan memasak utama di sidang puncak Ise-Shima (Group of Seven) dua tahun lalu,” kata beliau dengan bangga.

“Kami akan terus mempromosikannya ke seluruh dunia,” tambahnya. Persekutuan tersebut turut menjangkakan kiriman hasil petani sampai kemuncaknya antara pertengan Mei hingga Jun. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori