Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Chua Mahu Perkasa Golongan...

KOTA BHARU - Pemerkasaan golongan muda dan veteran menjadi visi utama bagi calon...

Hadi Gesa Ahli PAS...

PEMIMPIN nombor satu PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menasihatkan ahli PAS agar...

2 Wanita Islam Dipilih...

CHICAGO - Dua wanita Islam, kedua-duanya dari parti Demokrat telah dipilih oleh para...

Rebat Prabayar: Sistem Khusus...

CYBERJAYA - Satu sistem khusus termasuk untuk membezakan pengguna telefon mudah alih tempatan...

2 Rakyat Myanmar Maut Ditimpa Dahan Pokok Rhu

BACHOK – Dua rakyat Myanmar termasuk seorang kanak-kanak lelaki maut dihempap dahan pokok Rhu yang patah dalam kejadian ribut di Pantai Irama di sini, semalam.

Dalam kejadian 7.23 malam itu, Ibrahim Budi Alam, 3, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala Norjim Nurul Amin, 24, yang juga cedera parah di kepala dihantar ke Klinik Kesihatan Bachok tetapi disahkan telah meninggal dunia.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, ASP Azmi Mokhtar berkata ketika kejadian, kedua-dua mangsa yang bersaudara itu sedang beriadah di kawasan pantai berkenaan bersama-sama keluarga mereka sempena cuti Aidilfitri.

Mayat mangsa, yang tinggal di Kampung Babong, Kedai Lalat, Kota Bharu, dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk tindakan lanjut dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas kejadian itu, Ketua Jajahan Bachok Nik Mohamed Noor Nik Ishak berkata pihaknya akan segera memasang papan amaran supaya orang ramai menjaga keselamatan diri semasa berada di sekitar pusat pelancongan itu termasuk ketika ribut.

“Sebelum ini, sudah ada papan amaran supaya pengunjung tidak mandi manda di pantai berkenaan ketika laut bergelora bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.


Azmi berkata pemeriksaan pihaknya mendapati dahan yang patah itu adalah daripada pokok yang sihat dan faktor ribut yang kuat menyebabkan ia patah jatuh terkena mangsa.

“Pihak kami sentiasa membuat pemantauan serta gotong royong bagi memastikan kawasan pantai tersebut bersih dan selamat kepada pengunjung termasuk membuang pokok atau dahan mati bagi mengelakkan kemalangan,”katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai yang berkunjung ke pantai berkenaan supaya lebih berhati-hati dengan mengutamakan keselamatan diri dan keluarga masing-masing. – BERNAMA

Kategori