Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

124 Mangsa Masih Di...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 124 orang setakat...

‘DAP Dicabar Pecat Tony...

KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, dicabar mengambil tindakan tegas dengan...

‘Kenapa Buat Anak Aku...

IPOH: 'Kenapa buat anak aku macam tu?' luah ibu kandung kepada budak perempuan...

Raja Muda Perlis Nasihat...

KUALA LUMPUR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail semasa berada...

25 Terbunuh, Gunung Berapi Guatemala Meletus

BANDAR GUATEMALA – Kira-kira 25 orang termasuk se­kurang-kurangnya tiga kanak-kanak terbunuh dan hampir 300 mangsa cedera dalam letusan gunung berapi di Guatemala kelmarin, kata beberapa pegawai.

Mereka berkata, letusan Gunung Volcan de Fuego itu adalah paling dahsyat dalam tempoh lebih empat dekad.

Gunung berapi itu mengeluarkan lahar merah yang mengalir sejauh 8 kilometer dan menghamburkan asap hitam serta abu melitupi ibu kota negara berkenaan, Bandar Guatemala dan kawasan lain.

Mayat-mayat rentung ditemui bersama kemusnahan lain akibat gelombang panas piroklas ketika petugas-petugas cuba membantu mangsa yang cedera teruk akibat letusan tersebut.

Ini adalah kali kedua gunung berapi setinggi 3,763 meter itu meletus pada tahun ini.

“Sungai lahar yang mengalir melim­pah dan memusnahkan Kampung El Rodeo. Terdapat mangsa yang ce­de­­ra dan maut,” kata Ketua Setiausa­ha Agensi Pengurusan Bencana Nasio­nal Guatemala (CONRED), Sergio Ca­­banas kepada sebuah stesen radio tempatan.

CONRED menyatakan, angka korban meningkat kepada 25 orang berbanding anggaran awal tujuh orang termasuk seorang kakitangan CONRED sendiri. Kira-kira 13,000 pendu­duk telah dipindahkan dari kawasan letusan.

Menurut beberapa pegawai, ang­ka kematian tertumpu di tiga buah bandar iaitu El Rodeo, Alotenango dan San Miguel los Lotes.

Operasi menyelamat ditunda sehingga pukul 5 pagi (waktu tempatan) semalam berikutan cuaca buruk dan keadaan berbahaya, kata seorang jurucakap jabatan bomba, Cecilio Chacaj.


“El Rodeo tertimbus dan kami tidak dapat sampai ke Kampung La Libertad kerana aliran lahar. Mungkin terdapat mangsa yang maut di sana juga,” kata Cabanas.

Rakaman video bencana itu memaparkan seorang wanita kelesuan dan wajahnya kehitaman akibat abu gunung berapi. Mangsa berkata, dia nyaris maut ketika lahar mengalir melimpahi kebun-kebun jagung.

“Bukan semua orang berjaya melarikan diri. Saya fikir mereka tertimbus di dalam lahar,” kata wanita itu, Consuelo Hernandez kepada akhbar Diario de Centroamerica.

Dalam perkembangan berkaitan, Pre­siden Jimmy Morales berkata, beliau telah berbincang dengan barisan menterinya dan menimbang untuk mengisytiharkan darurat di kawasan Chimaltenango, Escuintla dan Sacatepequez.

Letusan itu turut memaksa Lapangan Terbang Antarabangsa La Aurora di Bandar Guatemala menutup landasan tunggalnya ekoran kehadiran abu vulkanik bagi menjamin kese­la­ma­tan penumpang dan pesawat.

Gunung Volcan de Fuego terletak se­kitar 40 kilometer ke barat daya ibu kota Guatemala dan berdekatan dengan bandar kolonial, Antigua yang popular dalam kalangan pelancong. – Reuters/Kosmo Online

Kategori