Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Korea Utara, Russia Bincang...

SEOUL : Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dan Menteri Pertahanan Russia, Sergei...

Awie (Wings) Tidak Pernah...

KUALA LUMPUR - Isteri kepada penyanyi Awie iaitu Rozana Misbun hanya menyedari perkahwinannya...

Agong Kurnia Watikah Pelantikan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini...

Jemaah Diingat Tidak Bawa...

MADINAH - Jemaah haji Malaysia diingatkan untuk tidak membawa jumlah tukaran wang riyal...

265,149 Peminjam PTPTN Dikeluar Senarai Hitam

PUTRAJAYA – Sebanyak 265,149 nama daripada 433,708 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dikeluarkan daripada senarai hitam Jabatan Imigresen sehingga semalam.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata baki 168,289 daripada jumlah peminjam itu akan dikeluarkan daripada sistem senarai hitam jabatan itu pada 15 Jun ini.

Beliau berkata kemudahan pelepasan sekatan keluar negara bagi peminjam berkenaan terpakai kepada peminjam yang nama mereka masih di dalam sistem Imigresen.

“Pihak berkuasa pintu masuk negara di seluruh negara telah dimaklumkan mengenai pembatalan tersebut,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini hari ini.

Bagi individu yang disenarai hitam oleh Lembaga Hasil Dalam Hasil (LHDN), Muhyiddin berkata mereka dibenarkan keluar negara tanpa sekatan bermula 1 Jun lepas selaras dengan surat arahan agensi yang diterima Jabatan Imigresen pada tarikh sama.

Beliau berkata sehingga kini rekod jabatan tersebut menunjukkan 636,202 orang masih disenaraihitamkan oleh agensi-agensi lain.

Mengenai perkembangan pemburuan polis ke atas Datuk Seri Jamal Md Yunos yang didakwa telah lari ke Indonesia, Muhyiddin berkata usaha menjejaki Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu sedang giat dilakukan dengan kerjasama polis negara tersebut.

Beliau berkata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun telah memaklumkan mengenai hasrat tersebut kepada Duta Besar Indonesia di Malaysia memandangkan proses itu melibatkan pihak keselamatan negara lain.


Muhyiddin berkata sepertimana warga Malaysia lain, beliau ‘tidak gembira’ dengan insiden tersebut dan sehingga kini masih tertanya-tanya mengenai kedudukan Jamal.

“Sebab itu saya minta Ketua Polis Negara melihat sendiri kes ini. Saya mahu tahu bagaimana dia boleh lari dengan begitu mudah (dari hospital) dan jika melibatkan kecuaian anggota, tindakan disiplin perlu dikenakan ke atas anggota atau pegawai polis berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, polis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Jamal kerana gagal muncul walaupun diberi masa yang mencukupi untuk menyerah diri dan bekerjasama dengan penyiasatan terhadapnya.

Jamal dilaporkan menghilangkan diri pada Jumaat lepas selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri dan kehilangannya dikatakan disedari oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruskan proses ikat jamin beliau kira-kira 5.30 petang. – BERNAMA

Kategori