Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Lapan Kenderaan Mewah Bernilai...

KUALA LUMPUR - Lapan kenderaan mewah dianggarkan bernilai hampir RM6 juta milik individu...

Mizz Nina Bakal Keluarkan...

PENYANYI Mizz Nina memberitahu dia kini sedang di dalam perancangan menghasilkan album terbaru...

Najib Adakan Perbincangan Dengan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Myanmar U...

Lim Kit Siang Lupa...

LUCU apabila baca kenyataan terbaharu pemimpin ‘otai’ DAP, Lim Kit Siang semasa di...

3 Jambatan Ini Paling Unik Dan Popular Di Dunia

KEBIASAANNYA, jambatan perlu dibina apabila dua buah tempat terpisah kerana adanya halangan fizikal seperti sungai, jurang mahupun jalan raya.

Jambatan bukan sahaja binaan yang dapat menghubungkan antara dua destinasi, malah jambatan dibina untuk memudahkan sistem pengangkutan darat sesebuah negara.

Lebih menarik, beberapa jambatan yang dibina bagi tujuan tersebut kemudiannya menjadi kebanggaan negara tersebut sebagai mercu tanda dan tarikan pelancong asing.

Di samping itu, jambatan yang digunakan setiap hari oleh penduduk sesebuah kawasan tersebut menjadi salah satu lokasi menarik untuk dilawati ramai pelancong luar.

Di sini, kami kongsikan beberapa jambatan yang unik serta popular di serata dunia:

Jambatan Golden Gate

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan jambatan ikonik ini. Jambatan Golden Gate ini sering dipaparkan di filem-filem antarabangsa Hollywood sejak dahulu lagi.

Jambatan ini telah menjadi jambatan gantung terpanjang di dunia dan menjadi simbol kebanggaan bandar San Francisco yang terletak di California, Amerika Syarikat.

Memiliki ketinggian 227.4 meter, ia menghubungkan kota San Francisco dan Marin County. Secara tidak langsung, menjadi kemudahan yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi San Francisco dan daerah sekitarnya.

The Great Belt Fixed Link

Jambatan ini suatu ketika dahulu merupakan jambatan tertinggi yang terletak di benua Eropah sebelum diatasi oleh jambatan Millau Viaduct.

Di samping itu, jambatan ini menghubungkan pulau Zealand dengan pulau Funen di selat Great Belt, Denmark. Paling mengujakan, apabila struktur ini siap dibina pada tahun 1998, ia telah mencatatkan ketinggian 254 meter.


Jambatan besar ini mempunyai sebuah jalan raya, sebuah terowong kereta api dan sebuah kotak kayu palang jambatan (box girder bridge).

Prasarana ini merupakan milik negara Denmark dan kos pembinaanya adalah paling mahal dalam sejarah iaitu sekitar AS$950 juta (RM3.7 bilion).

Jambatan Millau Viaduct

Jambatan ini berada pada ketinggian 343 meter dan telah diangkat sebagai jambatan tertinggi di dunia. Ia merupakan sebuah jambatan jalan bersanggahkan kabel yang menyeberangi lembah Sungai Tarn, Millau.

Lebih menarik, jambatan yang terletak di selatan Perancis dan cukup mengagumkan ini apabila diukur, hampir menyamai ketinggian Bangunan Empire State di New York serta memiliki struktur yang sangat kukuh dan kental.

Untuk pengetahuan, Jambatan Millau Viaduct ini dibuka kepada umum pada tahun 2004 dan pernah muncul dalam satu dokumentari menerusi saluran National Geographic.

Setiap jambatan yang berada di dalam senarai ini mempunyai kelebihan masing-masing dan setiap satu daripadanya dibina untuk tujuan tertentu.

Kami pasti masih ada banyak jambatan menarik yang boleh diketengahkan dalam senarai di masa hadapan. Sebagai contoh, jambatan kebanggaan negara kita iaitu jambatan Pulau Pinang dan banyak lagi jambatan di negara lain. – MYNEWSHUB.CC

Kategori