Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Hospital Cyberjaya Siap Pada...

KUALA LUMPUR – Hospital Cyberjaya, dengan nilai kontrak sebanyak RM475 juta dan dijadualkan...

Kritikan Suntik Semangat Pemain...

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe menyifatkan kritikan penyokong...

RM29.2b Untuk Pembangunan Di...

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM29.2 bilion diperuntukkan untuk Sabah dan Sarawak di bawah...

Isteri Cemburu.. Izzue Islam...

PELAKON Izzue Islam, menafikan syarat enggat bersentuhan dengan mana-mana pelakon wanita gandingannya selepas...

30 Jam Sesat Dalam Hutan, Tak jumpa Jalan Keluar

SEORANG pencari petai yang tersesat 30 jam di hutan Limau Kasturi, Gua Musang, Kelantan disebabkan tidak dapat menemukan jalan pulang telah ditemukan hari ini.

Lapor akhbar tempatan, mangsa, Mohd. Aidil Hakim Mohd. Yusoff, 34, dipercayai keluar seorang diri mencari petai dan akar kayu di kawasan tersebut kira-kira jam 5 pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Anuar Abas berkata, pihaknya telah melancarkan operasi mencari mangsa setelah menerima laporan ibu mangsa pada pukul 12.36 tengah hari tadi.

Operasi pencarian diketuai oleh Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Zawawi Yusoff bersama 10 anggota lain.

“Mangsa didapati tidak pulang ke rumah hampir 24 jam dan usaha mencari telah dilakukan oleh ibunya bersama penduduk kampung.

“Namun, mangsa gagal ditemukan dan ibu mangsa memohon bantuan pihak bomba pada tengah hari ini dan akhirnya mangsa dijumpai kira-kira pukul 3.30 petang ini,” kata Anuar.


Menurutnya lagi, anggotanya telah membuat pencarian menggunakan kaedah menjejaki tapak kaki mangsa.

Mangsa berjaya ditemukan dalam keadaan tidak bermaya di sebatang pokok petai dalam jarak lebih kurang 10 kilometer dari jalan masuk ke hutan itu setelah pencarian dilakukan selama tiga jam. – Mynewshub.tv

*Video sekadar hiasan…

Kategori