Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Anak Jean-Claude Van Damme...

ANAK perempuan Jean-Claude Van Damme pun sudah sama hebat dengan bapanya sendiri! Masakan tidak,...

BN Tiada Tekanan, Tidak...

SEREMBAN : Barisan Nasional (BN) tidak berdepan sebarang tekanan walaupun parti lawan mendakwa...

Pembedahan Nipiskan Bibir Jadi...

KETIKA wanita di barat berebut untuk mendapatkan bibir tebal seperti Kylie Jenner, wanita...

Nazri ‘Berdamai’ Merafak Mohon...

SELESAI... Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menerima mengadap Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk...

3,400 Bakal Haji Tahun Ini Dari Kelantan

BACHOK – Sebanyak 3,400 bakal haji dari Kelantan akan menunaikan ibadah itu pada musim haji tahun ini, kata Ketua Pengurusan Strategik dan Tranformasi Tabung Haji Affan Mohd Nawi.

Beliau berkata jemaah paling ramai ialah dari jajahan Kota Bharu yang merupakan 60 peratus daripada jemaah haji dari Kelantan.

“Penerbangan pertama bagi musim haji tahun ini ialah pada 14 Julai manakala penerbangan akhir telah ditetapkan pada 14 Ogos,” katanya pada majlis perasmian Kursus Perdana Haji oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di sini, Jumaat malam.

Affan berkata kesemua jemaah haji Kelantan akan bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum meneruskan penerbangan ke Arab Saudi.

Beliau berkata penerbangan pulang pertama ke tanah air dijangka pada 27 Ogos dan terakhir 24 September. – BERNAMA

Kategori