Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Usaha Mencari MH370 Masuk...

SYDNEY - Operasi untuk mencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370 di dasar laut memasuki...

Buka Kedutaan Palestin Di...

KUALA LUMPUR - Pengumuman Perdana Menteri Tun, Dr. Mahathir Mohamad pada Jumaat bahawa...

WHO Beri Amaran Cacar...

GENEVA - Risiko cacar monyet untuk menjadi penyakit bukan endemik kini menjadi realiti,...

J/kuasa Tapis Bekas Pemimpin...

PUTRAJAYA - Jawatankuasa yang ditubuhkan bagi meneliti dan menapis permohonan keanggotaan bekas pemimpin...

4 Wanita Terperangkap Berjaya Diselamatkan

LABUAN – Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan berjaya menyelamatkan empat wanita yang terperangkap di tingkat satu, sebuah bangunan gudang yang sedang terbakar di Saguking di sini petang tadi.

Kesemua wanita terbabit yang berusia 20-an sedang berada di dalam bilik sewa mereka yang terletak di tingkat atas, apabila bangunan itu terbakar pada kira-kira 2 petang.

“Kami menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.07 petang daripada anak pemilik bangunan itu, dan kami mengambil masa kira-kira dua jam untuk memadamkan api sepenuhnya.

“Wanita-wanita itu terkejut melihat asap tebal dan api yang marak dan kami percaya mereka tidak menemui jalan untuk melepaskan diri daripada kebakaran itu, sehingga kami menyelamatkan mereka,” kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin kepada Bernama ketika dihubungi.

Punca kebakaran yang memusnahkan bangunan gudang dan nilai kerugian masih disiasat. – BERNAMA

Kategori