Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Bakal Tumpu Agenda Perumahan...

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, yang dilantik Menteri Perumahan dan...

Turki Bina Perkampungan Khas...

ISTANBUL - Sebuah perkampungan baharu bakal menempatkan kira-kira 1,000 anak-anak yatim Syria akan...

Demi Isteri Lumpuh, Lelaki...

BEIJING - Seorang lelaki tua yang baik hati dan kasih sayang melimpah kepada...

‘Rakaman Suara 30 Minit...

PUTRAJAYA: Rakaman suara 30 minit dalam komponen 'memory puck' pesawat jenis Beechcraft Premier...

42 Pusat Tahfiz Di Sabah Berdaftar Skuad Bomba

KOTA KINABALU – Sebanyak 42 pusat tahfiz telah berdaftar sebagai skuad bomba tahfiz di Sabah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Nordin Pauzi berkata penubuhan skuad bomba tahfiz itu membolehkan semua pelajar terbabit mendapatkan latihan menggunakan alat pemadam api dan cara-cara untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku kecemasan.

“Kita telah kenal pasti sebanyak 59 pusat tahfiz di Sabah dan kini 42 pusat tahfiz melibatkan 2,395 pelajar telah berdaftar sebagai skuad bomba dan kita sedang menunggu lagi pendaftaran pusat tahfiz yang belum berdaftar,” katanya kepada pemberita pada program kempen kesedaran keselamatan kebakaran bersempena Aidilfitri, di sini hari ini.

Nordin berkata skuad bomba tahfiz berkenaan berperanan membantu memberi kesedaran kepada semua penghuni serta mengenal pasti risiko bahaya kebakaran di premis mereka dan membantu dalam program melibatkan aktiviti kebombaan.

Mengulas mengenai program itu, Nordin menggesa masyarakat agar meningkatkan lagi amalan selamat dengan mencegah dan menghindari kebakaran semasa menyambut perayaan Aidilfitri.


“Hanya dengan amalan berhati-hati dan berwaspada boleh mengelakkan kebakaran yang selalunya memusnahkan harta benda dan menyebabkan kematian. Kita mengharapkan masyarakat terus menyokong usaha bomba untuk memastikan kempen ini berjaya dan mencapai matlamat,” katanya. – BERNAMA

Kategori