Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Selepas Sleeping Beauty, Filem...

Selepas mengangkat karakter antagonis Sleeping Beauty dalam naskah Maleficient yang dilakonkan dengan cemerlang oleh Angelina...

Tiada Pertandingan, Halimah Sah...

SINGAPURA - Rakyat Singapura tidak perlu untuk keluar mengundi bagi memilih seorang Presiden...

FGV Setuju Berikan 2...

JOHOR BAHRU - Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) bersetuju memberikan dua kerusi...

Selepas Lawat Israel, Netanyahu...

GAZA : Seorang pegawai kanan Hamas, menjemput bilionair Amerika Syarikat (AS), Elon Musk...

5 Pendatang Asing Maut Dikejar Pengawal Sempadan

TEXAS – Lima pendatang asing maut manakala beberapa lagi cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas apabila cuba melarikan diri ketika dikejar ejen Pengawal Sempadan Amerika Syarikat di sini, kira-kira 145 kilometer di utara sempadan Mexico semalam.

Sherif Daerah Dimmit, Marion Boyd memberitahu rangkaian televisyen KFDM News 4, mangsa tercedera dibawa keluar dari kenderaan jenis Chevy Suburban yang sarat dengan 14 penumpang dan dipandu pada kelajuan 160 kmh itu.

“Kenderaan itu terbabas sebelum melanggar batu kerikil dan terbalik ketika pemandunya cuba membetulkan semula haluan.

“Kami melihat kejadian seperti ini berulang kali berlaku, bukan hanya di negara ini tetapi juga negara lain di sepanjang sempadan. Ini adalah contoh terbaik mengapa sempadan kita perlu pengawasan rapi,” katanya.

Boyd berkata, ada di antara mangsa terpaksa diterbangkan ke San Antonio dengan menggunakan helikopter bagi mendapatkan rawatan lanjut.


KFDM melaporkan, ejen Pengawal Sempadan cuba menghentikan kenderaan terbabit namun gagal, menyebabkan mereka bertindak mengejarnya.

Visual yang disiarkan di televisyen memaparkan bagaimana kenderaan itu remuk teruk dan kehilangan sekurang-kurangnya dua tayar dengan serpihan bertaburan di sekitar kawasan. – Reuters/BH ONLINE

Kategori