Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Gadis Dirogol Dalam Kereta...

Ternyata ulang tahun kelahiran ke-23 seorang gadis mencatat detik hitam dalam hidupnya apabila...

Ular Sawa 80kg Kenyang...

KULAI - Seekor ular sawa yang kekenyangan selepas menelan seekor kambing di dalam...

Pulau Pinang Tidak Bubar...

GEORGE TOWN : Kerajaan Negeri Pulau Pinang mungkin tidak akan membubarkan Dewan Undangan...

Selamat Kerana Tengok Filem...

Beijing - Seorang remaja mendakwa berjaya meloloskan diri dari sekumpulan penculik walaupun tangan...

7 Cedera Pemandu Teksi Rempuh Pejalan Kaki

MOSCOW (Reuters) – Seorang pemandu teksi membawa kenderaannya merempuh pejalan kaki berhampiran Red Square di ibu negara Russia semalam, menyebabkan tujuh cedera termasuk dua warga Mexico.

Kejadian berlaku ketika penduduk dan peminat bola sepak berkumpul di tengah Moscow, tidak jauh dari Kremlin.

Russia menjadi hos kejohanan Piala Dunia kali ini.

Pihak berkuasa pengurusan trafik Moscow berkata, pemandu teksi berkenaan mempunyai lesen yang dikeluarkan di Kyrgyzstan, negara bekas Kesatuan Soviet.

Pemandu yang sudah ditahan itu memberitahu polis beliau tidak sengaja berbuat demikian, menurut rakaman dikeluarkan laman web polis Moscow.


Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin, berkata dalam kenyataan di Twitter: “Ada kejadian tidak diingini membabitkan teksi. Pemandu hilang kawalan.”

Polis berkata, tujuh cedera dalam kejadian itu. Kedutaan Mexico di Moscow berkata, dua wanita rakyatnya cedera ringan. – BHarian Online

Kategori