Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Sudah 10 ‘U-Turn’, Lepas...

DULU lain kini lain... Demi politik Tun Mahathir Mohamad sanggup menganut fahaman Niccolo Machiavelli,...

Motor Meletup Di Gua...

KOTA BAHARU - Kematian sepasang warga emas dalam insiden motosikal meletup di Gua...

PKZ Pahang Perkenal Aplikasi...

KUANTAN - Bagi memudahkan orang ramai di negeri ini membuat pembayaran zakat, Pusat...

Pemilik Restoran Dikesan Letak...

PETALING JAYA - Pemilik restoran dalam insiden rempuhan kenderaan pacuan empat roda yang...

Erdogan Kecam Austria Tutup Masjid, Usir Imam

TINDAKAN kerajaan Austria mahu menutup masjid dan mengusir imam yang dibiayai Turki di Austria menyebabkan Presiden Recep Tayyip Erdogan tampil mengecam tindakan Austria itu, semalam.

Media melaporkan Presiden Turki itu berjanji akan bertindak balas dan menyifatkan tindakan kerajaan Austria sebagai anti Islam.

“Langkah yang diambil Perdana Menteri Austria itu, saya bimbang membawa dunia ke arah peperangan antara Kristian dan Islam,” kata Erdogan ketika berucap di Istanbul, Turki.

Beliau berkata demikian sehari selepas kerajaan Austria mengumumkan mahu mengusir 60 imam dan keluarga mereka serta menutup 70 masjid sebagai sebahagian kempen menghapuskan ‘politik Islam’.

Menteri Dalam Negeri, Herbert Kickl, dari Parti Kebebasan (FPOe) yang berhaluan kanan, iaitu rakan dalam kerajaan campuran Austria berkata, langkah itu membimbangkan para imam yang didakwa ada kaitan dengan Pertubuhan Kebudayaan Islam Turki (ATIB), cabang agensi hal ehwal agama Diyanet.

Tambahnya lagi, kerajaan mengesyaki mereka melanggar larangan pembiayaan asing kepada kakitangan pejabat agama.

Menurut jurucakap presiden Turki, langkah Austria bersifat perkauman dan menaikkan gelombang diskriminasi di negara itu kepada anti Islam.


Pun begitu, pemimpin berhaluan kanan Eropah menyambut baik pengumuman tersebut.

Terdahulu, Canselor Austria, Sebastian Kurz menggerakkan pelan meluluskan undang-undang keras ke atas penganut Islam yang melarang pembiayaan asing untuk kumpulan agama pada 2015 semasa beliau memegang jawatan Menteri Integrasi.

Beliau juga menetapkan masyarakat Muslim mesti ada pandangan positif ke atas kerajaan dan orang tempatan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori