Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jejantas Pejalan Kaki Runtuh,...

MIAMI - Sebuah jejantas bagi pejalan kaki telah runtuh dan musnah yang mengakibatkan...

Disney, Fox Tolak Tuntutan...

NEW YORK - Walt Disney Co dan Twenty First Century semalam menolak tuntutan...

Proton Wira ‘Terbang’, Tergantung...

GAMBAR sebuah kereta Proton Wira yang 'terbang' lalu tersangkut pada tiang rumah dalam...

Muhyiddin Mahu Semua Harungi...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap rakyat akan terus...

8 Tan Mercun Bernilai Hampir RM200 Ribu Dirampas

MACHANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas lapan tan mercun dan bunga api bernilai RM191,182 dalam Ops Khas Raya sejak dilancarkan 14 Mei lepas sehingga semalam di negeri ini.

Pengarahnya Datuk Mohd Nasir Yusoff berkata rampasan bahan larangan itu melibatkan pelbagai lokasi termasuk yang sedang diangkut menggunakan lori, disimpan dalam stor, premis perniagaan serta bazar Ramadan di seluruh negeri ini.

“Sebanyak RM33,000 nilai kompaun dikeluarkan bagi kesemua kes rampasan tersebut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada operasi tersebut di sini, malam tadi.

Operasi tersebut bermula dari pukul 6.30 petang semalam sehingga 1 pagi hari ini dengan memberi tumpuan pemeriksaan terhadap bas ekspres, lori dan kereta.

Mohd Nasir berkata pihaknya akan terus melakukan operasi tersebut secara berkala di negeri ini bagi membanteras aktiviti penyeludupan mercun dan bunga api semperna sambutan Hari Raya Aidilfitri minggu depan.

Beliau berkata selain rondaan dan risikan anggotanya, pihaknya akan melakukan serbuan berdasarkan maklumat yang diberikan oleh orang ramai.


Sehubungan itu beliau mahu masyarakat bekerjasama dengan pihaknya untuk membanteras aktiviti penyeludupan tersebut terutama melalui pengakalan haram dan lorong tikus di sepanjang Sungai Golok yang menjadi sempadan Kelantan-Thailand.

“Mereka yang terlibat dengan aktiviti tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang dari 10 kali ganda jumlah nilai barangan, penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali, ” katanya. – BERNAMA

Kategori