Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PDRM Sedia Hantar Pasukan...

GEORGETOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) siap sedia untuk menghantar pasukan pengecaman mangsa...

Kesihatan Nik Aziz Menurun...

EKORAN tersebarnya gambar Mursyidul Am Pas yang kelihatan berada dalam keadaan sangat uzur,...

Empire State New York...

ANTARA bangunan ikonik bandar terkemuka di New York, iaitu Empire State disinari dengan...

Video: Wanita Sarat Mengandung...

WALAUPUN sudah sarat mengandung anak ketiga, seorang wanita di Amerika Syarikat ini masih...

Achey Dulu Berdua, Kali Ini Sambut Aidilfitri Bertiga!

KALAU dahulu dia hanya berkesempatan menyambut Aidilfitri bersama isteri tercinta iaitu Nor Hasanah Yahaya, ternyata kali ini situasinya cukup berbeza buat pelawak dan penyanyi Achey.

Tiada apa yang lebih menggembirakan diri Achey dan Hasanah ketika ini apabila penantian lapan tahun untuk menimang cahaya mata akhirnya dimakbulkan dengan kehadiran Nur Tiara Zinnirah Nasir.

Achey menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya memberitahu mengambil seorang anak angkat sejak 6 Ramadan lalu.

Malah, mereka juga menyifatkan kehadiran bayi perempuan itu sebagai mengisi kekosongan sepanjang tempoh mereka berusaha mendapatkan zuriat.

“Assalamualaikum. Bismillah…Alhamdulillah rezeki Allah hadir dengan pelbagai cara. Setelah lapan tahun bersama masih belum punya rezeki dikurniakan cahaya mata.

“Namun pada 22 Mei 2018 di Ramadan keenam anak ini hadir untuk mengisi kekosongan yang lama itu,” tulis Achey.

Assalamualaikum Bismillah… alhamdulillah rezeki Allah hadir dengan pelbagai cara…setelah 8 tahun bersama masih belum punya rezeki di kurniakan cahaya mata.. namun pada 22/5/2018 di ramadhan ke 6… anak ini hadir untuk mengisi kekosongan yang lama itu… .. NUR TIARA ZINNIRAH NASIR nama di berikan… @tiara_zinnirahofficial di lahirkan pada 15/5/2018 .. pada jam 8.05pm … di HKL….selama hampir sebulan kami berada di kg… terutama @anne_achey… ramai tertanya kami gaduh ke? Sakit ke? … jawapannya menjaga tiara dalam pantang😍😍😍😍😍….. tak dapat nak di gambarkan dengan kata2 yang hebat… yang paling jelas saya @acheykintangkintung dan @anne_achey sangat gembiraaaa tak terkata..😭😭…kami berharap agar semua mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga dan menerima baik kehadiran @tiara_zinnirahofficial … semoga @tiara_zinnirahofficial menjadi anak yang solehah serta kami dapat menjaganya dengan kudrat kami sebaiknya….RAYA NI KAMI BERTIGAAAAA YEAYYYYYY!!!.. … .. Jangan lupa follow @tiara_zinnirahofficial @tiara_zinnirahofficial @tiara_zinnirahofficial @tiara_zinnirahofficial @tiara_zinnirahofficial

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on


Menerusi perkongsian berkenaan juga, pelawak itu turut memuat naik foto bersama anak angkatnya itu dan mendapat perhatian orang ramai.

Pada masa sama, Achey Atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah juga sempat berkongsi maklumat mengenai puteri comel itu.

“Nur Tiara Zinnirah Nasir nama diberikan. @tiara_zinnirahofficial dilahirkan pada 15/5/2018 pada jam 8.05pm di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” ujar Achey lagi.

Dalam pada itu, Achey juga berharap agar semua peminat mendoakan kesejahteraan keluarga dan menerima kehadiran anak sulungnya itu. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • Achey

Kategori