Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Dakwaan Akan Jejaskan UMNO...

KUALA LUMPUR - Percubaan untuk menjatuhkan presiden UMNO menerusi dakwaan yang sengaja direka-reka...

Mesti Baca! 10 Tanda...

Pernahkah anda berasa sunyi di hati walaupun dikellilingi ramai orang? Hah, itu antara...

Penumpang Buka Pintu Kecemasan...

Seorang penumpang penerbangan Hainan Airlines yang baru pertama kali menaiki pesawat, telah ditahan...

Polis Sahkan 28 Komik...

GEORGETOWN - Polis mengesahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Pulau Pinang telah merampas 28...

AG (Kool FM) Terlibat Kemalangan Di Pasir Gudang

PENYAMPAI stesen radio swasta Kool FM, AG atau nama sebenarnya, Muhammad Azmir Selamat terlibat dalam kemalangan jalan raya di Pasir Gudang, Johor pada Isnin.

AG dipetik Harian Metro berkata, ketika kejadian dia bersama isteri dan empat orang anaknya dalam perjalanan ke rumah abang ipar sebelum dirempuh sebuah kereta jenis Proton Wira di laluan simpang empat kawasan perumahan.

“Ini pertama kali saya mengalami kemalangan jalan raya. Kejadian berlaku sangat pantas. Kalau saya tercepat sikit mungkin jadi lebih teruk lagi.

“Mungkin juga berkat amalan doa menaiki kenderaan antara sebab kami terselamat. Malah, saya selalu pesan kepada anak-anak berbuat sedemikian. Saya anggap ini ‘hadiah’ hari jadi yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila,” katanya.

Sehubungan itu, AG memberitahu dia telah membuat laporan polis di IPD Seri Alam Masai bersama-sama dengan pemandu kereta yang melanggarnya iaitu remaja lelaki berusia 23 tahun dan perkara itu sudah pun diselesaikan.

“Pemandu terbabit mengaku memandu laju dan tidak berhenti di garisan putih. Apa pun, semuanya sudah selesai dan kereta saya sudah dibawa pulang ke Kuala Lumpur.

“Kalau ikutkan saya mahu minta ganti rugi tetapi ibu remaja terbabit hubungi saya memaklumkan mereka tidak mampu untuk bayar. Jadi, saya perlu buat laporan polis bagi urusan pampasan insurans,” katanya.


Dalam kejadian tersebut, penyampai radio berkenaan berkata dia tidak mengalami sebarang kecederaan ataupun sakit badan manakala isterinya mengalami luka kecil pada bahagian siku.

Ujarnya lagi, anak-anak pula terhantuk dan kereta jenis Audi dipandunya mengalami kerosakan pada bahagian kanan yang mana membabitkan tayar, lampu dan juga ‘bumper’.

“Apa berlaku saya anggap takdir. Walaupun isteri mengalami luka kecil, saya bersyukur kami anak beranak selamat. Allah masih panjangkan umur kami,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori