Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Nahas Bas Ekspres: Najib...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan takziah kepada...

KPDNHEP Kaji Semula Dasar...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan...

Suami Pemilik Kedai Runcit...

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki warganegara Pakistan cedera akibat ditetak lelaki dalam kejadian...

H5N1: Pemantauan, Sekatan Jalan...

PUTRAJAYA - Kerja-kerja pemantauan, sekatan jalan raya dan pengambilan sampel bagi memastikan tidak...

Agih Lebih 1,000 Makanan Bantu Mahasiswa

AMALAN bersedekah pada bulan Ramadan sangat digalakkan dalam Islam bagi membantu saudara seagamanya yang lain meringankan beban selain mendidik diri bersyukur dengan nikmat Ilahi.

Berikutan itu, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Bangi telah mengedarkan juadah berbuka puasa lebih 1000 set makanan kepada mahasiswa di empat Institut Pengajian Tinggi (IPT), semalam.

Bermula jam lima petang, edaran makanan mula diagihkan kepada mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Dalam pada itu, Pengerusi PEMBINA Bangi, Ibrahim Azran berkata, edaran iftar tersebut sebagai inisiatif mendekati golongan mahasiswa selain mendidik budaya bersedekah dalam kalangan pelajar.

 “Kita mahu mendidik budaya memberi dan bersedekah di bulan Ramadan supaya mahasiswa dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan sebagai satu nilai tambah.

“Dengan aktiviti amal seperti ini juga, PEMBINA Bangi dapat memperkasakan aktivisme mahasiswa untuk menyedarkan peranan mahasiswa kepada masyarakat,” katanya semasa program.

Program ini turut dijayakan oleh rakan penaja iaitu Street Dakwah PACU & Surau Pusat Annur Country Height, Tarbiah Sentap, Aisyah Catering dan Pecel Lele Lakulanjaya.


Ujar Ibrahim lagi, PEMBINA Bangi bersedia bekerjasama dengan petadbiran universiti berhubung aktiviti-aktiviti bertujuan membentuk jati diri mahasiswa.

Dalam perkembangan lain, PEMBINA Bangi berhasrat untuk terus membantu meringankan beban mahasiswa dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan bagi membentuk mahasiswa yang proaktif dan cakna dengan hal berkaitan masyarakat.

PEMBINA merupakan persatuan mahasiswa yang wujud di hampir semua universiti awam seluruh Malaysia bermodalkan pembangunan mahasiswa dalam menggembeleng tenaga golongan belia Islam Malaysia secara positif demi kemakmuran negara. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori