Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

BN Mendahului Undi Di...

JOHOR BAHRU : Setakat pukul 7.20 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan Barisan...

Penduduk Amal Senaman Merangkak...

ZHENGZHOU (China) - Sekumpulan penduduk di bandar ini mengamalkan satu senaman pelik dengan...

Malaysia Airlines Tawar Diskaun...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines menawarkan diskaun hebat sehingga 25 peratus tambang ke...

Sultan Nazrin Titah Segera...

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah agar kerajaan segera...

Agong Berangkat Hadiri Program Qiam D’Raja

KOTA BHARU – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan berangkat menghadiri Program Qiam D’Raja di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian di sini, malam ini.

Seri Paduka, yang diiringi Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra, turut menunaikan solat Isyak dan solat sunat Tarawih sebelum berkenan menyampaikan zakat kepada 1,439 asnaf.

Turut berangkat hadir ialah Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad juga menghadiri majlis itu.

Yang di-Pertuan Agong juga dijadual mengikuti Qiamullail bersama-sama para jemaah bermula 3.30 pagi ini Masjid Al-Sultan Ismail Petra.


Program tahunan itu akan diakhiri dengan solat Subuh berjemaah di masjid berkenaan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Agong

Kategori