Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ka Siong Persoal RM40...

PETALING JAYA - Presiden MCA, Wee Ka Siong membantah keputusan Kementerian Kewangan menyalurkan...

Sarawak Tak Benarkan Rakyat...

BINTULU - Kerajaan Negeri Sarawak memutuskan untuk menyekat kemasukan rakyat China ke negeri...

Tajuddin Dianggap Sebagai ‘Bapa’...

PASIR SALAK - Sikapnya yang sering menyantuni rakyat tanpa mengira kaum dan usia...

Najib Sindir Khalid Cadang...

ALAHAI... Mungkin malu dengan isu kejatuhan nilai tukaran ringgit sejak Pakatan Harapan (PH)...

Ahli Parlimen Bukit Gantang Pula Umum Keluar UMNO

SELEPAS ahli parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali mengumumkan keluar parti, kini tiba pula giliran Ahli Parlimen Bukit Gantang mengikut jejak langkah.

Keputusan mengejut dari Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal itu diadakan menerusi satu sidang akhbar yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook Perak Today.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat susulan kekecewaaan berhubung keputusan pemilihan sayap UMNO pada minggu lalu.

“Kekecewaan ini menbuatkan saya mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan Ketua UMNO bahagian bukit gantang dan menyerahkan pimpinan kepada timbalan saya, saudara Kamaruddin Abu Bakar.

“Saya akan memberikan tumpuan kepada tugas saya sebagai ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat dan memberikan perkhidmatan terbaik tanpa ada ganguan politik UMNO.

“Dan dengan itu saya mengumumkan, saya keluar dari UMNO dan BN dan menjadi ahli parlimen bebas,” katanya.


Ini sekaligus menjadikan jumlah terkini ahli Parlimen Persekutuan bagi parti utama dalam Barisan Nasional (BN) menurun kepada 52 kerusi.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu, Syed Abu Hussin menang di Bukit Gantang dengan mengalahkan calon PPBM, Datuk Khadri Khalid dan calon PAS, Idris Ahmad. – MYNEWSHUB.CC

Kategori