Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Bunuh 8 Bayi Hasil...

Paris - Seorang wanita mula dibicarakan hari ini di mahkamah di Douai, selatan...

Melta Saran Kaji Semula...

KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran supaya mengkaji semula kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P)...

Notis Saman Akan Dikeluarkan...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan akan menyerahkan notis saman kepada pihak berkuasa tempatan (PBT)...

Kanak-Kanak Menangis, Penceramah Dikecam

TINDAKAN seorang penceramah yang memberi amaran kepada lebih 3,500 kanak-kanak sekolah rendah supaya...

Aidilfitri: Maklum Polis Sekiranya Tinggalkan Rumah

JOHOR BAHRU – Orang ramai yang akan meninggalkan rumah masing-masing bagi menyambut Aidilfitri diingatkan mengisi borang balik kampung di balai polis berdekatan atau melalui sistem aplikasi ‘Volunteer Smartphone Patrol’ (VSP).

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata langkah itu menunjukkan kejayaan apabila tiada kejadian pecah rumah atau jenayah membabitkan rumah yang berdaftar pada tahun lepas.

“Kita berharap jumlah pengguna yang berdaftar itu dapat ditingkatkan pada tahun ini dengan memaklumkan alamat rumah dan tarikh yang ditinggalkan…anggota polis akan membuat rondaan secara berkala pada tempoh itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat 13/2018 dan Kempen Rumah Selamat peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di sini, hari ini.

Shahurinain berkata sebanyak 420 rumah direkodkan untuk ditinggalkan sepanjang tempoh kempen Rumah Selamat tahun lepas di daerah ini dengan sebanyak 5,226 lawatan telah dilakukan oleh polis ke rumah-rumah berkenaan.


Dalam pada itu, Shahurinain menasihati pengguna jalan raya beragama Islam yang ingin pulang jauh supaya memandu pada waktu lepas berbuka bagi membolehkan memberi tumpuan pemanduan manakala yang bukan beragama Islam, pada waktu siang.

Katanya langkah itu sekali gus dapat membantu mengurangkan kesesakan di jalan raya. – BERNAMA

Kategori