LEGENDA pemain tengah Sepanyol, Andres Iniesta berikrar Sepanyol akan mengatasi keputusan pada perlawanan pembukaan Piala Dunia di Rusia dengan menewaskan Iran pada perlawanan awal pagi esok sekali gus mencerahkan peluang menjulang gelaran.
Iniesta, yang menjaringkan gol buat Sepanyol pada masa tambahan bagi memastikan kejayaan skuad itu menewaskan Belanda di Afrika Selatan pada 2010, tampil pada Piala Dunia yang terakhir buat dirinya selepas mengakhiri karier panjangnya bersama Barcelona sebelum menyertai pasukan Jepun, Vissel Kobe.
Sepanyol seri 3-3 ketika menentang Portugal dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B dengan pasukan Fernando Hierro itu kini terdesak untuk menewaskan Iran bagi menjamin peluang ke pusingan 16 pasukan terakhir sebelum perlawanan kumpulan terakhir menentang Maghribi.
Biarpun enggan mengambil mudah cabaran skuad gergasi Asia bimbinganĀ Carlos Queiroz itu, Iniesta, 34, mahu menjulang trofi Piala Dunia buat kali kedua selepas berjaya menjulang trofi Kejohanan EropahĀ sebanyak dua kali bersama Sepanyol pada 2008 dan 2012.
āPemain sering mahu memenangi trofi terbesar dan ia bukanlah rahsia yang kami mahu memenangi Piala Dunia,ā kata Iniesta.
āIa bukanlah mudah. Kami perlu bekerja dengan kuat tetapi kami mempunyai mimpi yang perlukan kami semua memberi tumpuan terhadapnya.ā
Dengan Iran menduduki kedudukan teratas Kumpulan B selepas kemenangan 1-0 kepada Maghribi, Sepanyol tidak boleh membiarkan mereka terus ketinggalan.
āEsok adalah seperti final, jika kami menang ia akan memberi kami kelebihan dalam kumpulan dan kemudian kami akan lihat peluang ke peringkat seterusnya.
āIa akan menjadi perlawanan sukar tetapi anda perlu ingat kami adalah pasukan yang sudah lama bersama untuk tempoh yang panjang.
āKami mempercayai satu sama lain.ā – AFP