Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Operasi Label Produk Bulu...

KOTA TINGGI - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengambil...

Dr Mahathir, Isteri Sah...

ISTANA Selangor mengesahkan Tun Dr Mahathir Mohamad sudah memulangkan darjah kebesaran yang dikurniakan...

Bekas Tentera British Berjaya...

KISAH seorang bekas tentera British yang ingin menjejak kekasih Melayu ditinggalkan di Malaysia...

Jangan Buat Penyambungan Elektrik...

TAWAU - Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan aktiviti pendawaian elektrik secara haram...

Alahai PH… Klinik Rakyat Ganti Nama Klinik 1Malaysia

FOBIA dengan nama 1Malaysia yang dipopularkan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini, kerajaan Pakatan Harapan (PH) terpaksa menjenamakan semula Klinik 1Malaysia.

Ia antara tindakan pelik pentadbiran PH selepas berjaya menurunkan segala lambang 1Malaysia yang dipasang di semua bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) seluruh negara.

Perkara aneh tersebut diumumkan Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad apabila memaklumkan puluhan Klinik 1Malaysia di negara ini yang diwujudkan ketika zaman Najib akan dijenamakan kembali sebagai Klinik Rakyat.

Bagaimanapun ujar beliau, peranannya bakal dioptimumkan dengan penempatan lebih ramai doktor untuk meningkatkan keupayaan operasi klinik yang sejak era dahulu lagi gigih beroperasi setiap hari kecuali cuti umum.

“Penempatan lebih ramai doktor di Klinik Rakyat tidak menjadi masalah kerana kita menghasilkan kira-kira 5,000 doktor yang baharu setiap tahun, cuma fasiliti untuk menempatkan mereka kurang,” kata Dzulkefly.

Beliau juga optimis peruntukan bagi sektor kesihatan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa selaras dengan kemampuan kerajaan PH dan tuntutan semasa meskipun konon menanggung hutang RM1 trilion diwarisi Najib.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kementerian Kesihatan, di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Dzulkefly memberitahu bahawa Kertas Kabinet berhubung cadangan penubuhan Majlis Penasihat Kesihatan akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri, pada minggu depan.

Beliau berkata majlis itu akan dianggotai lima hingga tujuh tokoh sebagai penggerak yang berperanan menjana idea ke arah memperkasakan sistem kesihatan negara.

“Kita akan memilih yang paling baik dalam kalangan terbaik. Majlis itu akan berperanan bantu kerajaan merangka hala tuju baharu perkasa Kementerian Kesihatan ke arah kelas dunia, sekali gus menambah baik perkhidmatan.


“Mereka akan bekerjasama dengan tenaga pakar sedia ada di kementerian dalam menangani sebarang isu sebelum mencadangkan penyelesaian terbaik kepada kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Dzulkefly berkata, warga kementerian perlu proaktif menangani permasalahan mendesak dalam operasi perkhidmatan di negara ini, termasuk tempoh menunggu lama untuk pesakit bertemu doktor, khususnya pakar perubatan.

“Selain itu, tempoh menunggu lama untuk keputusan suatu siasatan mengenai kes kesihatan; bekalan ubat-ubatan terganggu; kesesakan di kemudahan kesihatan; dan peningkatan kos penjagaan kesihatan, terutama dalam sektor swasta,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kementerian memerlukan peruntukan lebih tinggi bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dapat terus diperkasakan.

“Dalam tempoh lima tahun ini, diharap sektor kesihatan dapat menyumbangkan sekurang-kurang enam hingga tujuh peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya.

Mengenai penangguhan sementara pelaksanaan Skim Peduli Sihat membabitkan cadangan pemberian RM500 pembiayaan rawatan asas di klinik swasta berdaftar bagi golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40), katanya, perkara itu diharap dapat dimasukkan dalam peruntukan Bajet 2019. – BH Online

Kategori