Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Penggeledahan Selepas Ada Arahan...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa penggeledahan dilakukan di bangunan...

Wanita Diugut Bunuh, Cuba...

Swansea - Seorang wanita dihujani dengan ancaman keganasan terutama daripada pencinta haiwan apabila...

Tiada Jemaah Malaysia Terlibat...

KUBANG PASU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom...

Elaun Khas Untuk Petugas...

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memberi elaun khas kepada semua petugas yang terlibat...

Alas Periuk Daripada Lidi Sawit Laris Di Utara

KULIM – Biarpun terdapat pelbagai variasi alas moden bagi meletakkan periuk panas yang terjual di pasaran tempatan, pelapik tradisional tetap menjadi pilihan.

Lebih dikenali sebagai lekaq di wilayah utara Semenanjung Malaysia, anyaman alas periuk panas hasil tangan Siti Fatimah Yahya nyata unik memandangkan ia diperbuat dari raut lidi pelepah kelapa sawit.

Menurut warga emas berusia 67 tahun ini, setiap satu lekaq berbentuk bulat bersaiz antara 20 hingga 30 sentimenter itu mengandungi 99 raut lidi pelepah kelapa sawit yang sudah dikeringkan selama beberapa hari.

“Dalam sehari, makcik boleh buat dua hingga tiga lekaq. Kalau dulu, satu hari boleh siap hingga lima lekaq sehari tetapi bila dah tua ni, lambatlah sikit,” katanya yang menetap di Kampung Sungai Buluh di Kulim, Kedah.

Jelasnya, setiap kelopak lekaq mempunyai 16 lidi yang masing-masing sama panjang iaitu 1.5 meter bagi memastikan bentuk alas tersebut tampak kemas dan kukuh.

Sudah melakukannya secara aktif sejak lima tahun lalu, Siti Fatimah mengakui kemahiran menganyam lekaq tersebut diperoleh melalui neneknya.

Ceritanya, jika dulu dia melakukan secara suka-suka bagi mengisi masa lapang, kini lekaq menjadi punca pendapatan utamanya dengan menjual sekitar 20 hingga 30 lekaq sebulan.

“Dulu jual kepada orang kampung saja, tapi sekarang, dah ada orang tolong jual kat bandar. Memang permintaan tinggi sebab lekaq daripada lidi kelapa sawit lagi tahan lama, sampai tiga hingga lima tahun berbanding lidi pelepah pokok kelapa,” katanya.


Tambahnya, harga lekaq mengikut saiz dan dia mengakui tidak cukup tangan untuk menerima tempahan kerana harganya dianggap sangat murah.

Siti Fatimah menjelaskan bahawa bekalan lidi daripada pelepah kelapa sawit berharga RM2 seikat mengandungi 100 lidi yang kadang-kadang tidak menentu juga sering membuatkan dia terpaksa menolak tempahan.

“Kadang-kadang sampai seminggu bekalan tak ada tapi mujur ada kawan-kawan kampung yang ada kebun sawit, tolong hantarkan. Bagaimanapun, setakat ini, belum lagi ada tempahan yang gagal disiapkan,” katanya.

Lebih menarik, keunikan anyaman lekaq hasil Siti Fatimah ini tidak terhad hanya dijadikan alas periuk tetapi kini turut digunakan sebagai perhiasan di dapur atau ruang makan.

“Ada juga beli sebagai hadiah kepada kawan yang duduk di luar negara. Memang seronok bila barang kampung ini, ada yang minat sebab nak buat pun, bukanlah susah sangat. Kena ada minat saja,” katanya. – Bernama/HAA

Kategori