Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

“Ia Buat Diri Saya...

PELAKON Hisyam Hamid memberitahu dirinya berasa tertekan untuk melakonkan watak sebagai Zulkifli dalam...

Pemilik Kedai Runcit Ditahan...

KOTA BHARU - Seorang pemilik kedai runcit ditahan selepas bertindak menetak kepala seorang...

Budak 12 Tahun Ditemui...

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemui mati tergantung di dapur rumahnya di...

Mira Filzah Curi Tumpuan...

SI gadis manis jelita ini tak pernah jemu dipandang... Makin hari, namanya makin...

Ally Tidak Serik Kahwin Lagi, Impi Kehidupan Ideal

MELALUI episod duka dalam rumah tangganya bersama bekas isteri, Nurfarahin Romli; tidak membuatkan personaliti TV3, Ally Iskandar serik untuk berkahwin lagi sekiranya bertemu jodoh.

Kata Ally, impian untuk kembali berkeluarga sememangnya ada kerana pernah merasai nikmat itu dan mempunyai mentua adalah antara perkara yang ingin  dilihat dalam hidupnya sendiri.

“Kenangan tetap akan ada, tetapi kena faham sekarang saya berada di mana. Kalau terlalu nak nostalgia pun bukan satu perkara yang sihat buat saya,” katanya dipetik Harian Metro.

Personaliti TV3, Ally Iskandar.

Tambah Ally atau nama sebenarnya Ally Iskandar Mohd Mardzi, beliau juga sudah ‘move on’ dengan apa yang berlalu dan paling melegakan apabila ibunya juga memahami keadaannya.

“Emak memahami keadaan saya dan pada masa sama berharap saya ada pengganti. Malah semua orang berharap begitu.

“Secara jujurnya, emak ada juga mencuba carikan jodoh saya tetapi pada usia begini, emak bagi kebebasan buat saya cari jodoh sendiri. Dia pun tidak bagi tempoh tertentu.

“Cuma apabila tengok anaknya bersendirian, emak mana yang tidak runsing. Dia tengok dunia saya hanya pergi kerja, balik kerja dan sesekali akan bertanyakan perkara itu,” tambah Ally.

Bagaimanapun, Ally berkata beliau tidak terlalu berharap atau tertekan mengenai soal jodoh dan menyerahkan persoalan itu kepada ketentuan Allah.


Ally, Nurfarahin pernah berkahwin pada 20 Januari 2012.

Katanya, dia begitu mengimpikan kehidupan yang ideal, namun berdepan kesukaran untuk mencari wanita yang memahami kariernya.

“Nak mencari yang memahami bidang kerja saya itu adalah sesuatu yang mencabar. Dia perlu faham orang yang saya jumpa dalam kelompok bidang kerja saya.

“Saya pun tak letak sebarang tanggapan untuk memperjelaskan kepada masyarakat. Maksudnya, dia tahu kerja saya dan kalau dia boleh terima semua ini, saya amat bersyukur,” ujarnya.

Ally dan Nurfarahin pernah berkahwin pada 20 Januari 2012 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Maream Esabel, kini berusia lebih tiga tahun.

Bagaimanapun, pasangan ini bercerai pada 17 Ogos 2016 selepas lima tahun melayari hidup sebagai suami isteri. – MYNEWSHUB.CC

Kategori